🖇 paboya 20

123 32 2
                                    

yoonmin merenung pintu bilik wad yang tertutup rapat. tangannya mengigil ketakutan, dibenci dan dimarahi tanpa sebab lagi. buat kali kelima dia menghembus nafas, cuba menangkan dirinya.

"eh, yoonmin nak tengok ibu yoonmin ke ?" tanya seorang doktor yang baru lalu di hadapannya. yoonmin mengangkat mukanya melihat pemilik suara itu. heeseung dengan senyuman di hadapannya menunggu jawapan dari yoonmin.

situasi mereka hanya berdiam, yoonmin memang mahu melihat ibunya tapi dia masih takut ibunya meronta tidak tentu arah seperti semalam.

"beomgyu dah cerita apa jadi dekat yoonmin dengan ibu yoonmin sebelum ni. heeseung minta maaf tau, heeseung tak tahu pulak hidup yoonmin susah macam ni. harap yoonmin kuat !" kata heeseung buatkan yoonmin membalas dengan senyuman.

matanya kembali pada pintu dibelakang beberapa jarak heeseung.

"ibu yoonmin tengah tidur. kalau nak lawat pergilah sebelum dia terjaga," lembut heeseung berkata.

yoonmin berdiri. entah dari mana dia dapat tenaga dan keyakinan yang begitu tinggi untuk melihat ibunya yang sakit malah membencinya kerana bekas pesakit gila.

tapi bo'ong. yoonmin hanya mampu berdiri menjenguk dari luar tingkap kecil diluar bilik wad itu. namun, hanya hal sekecil itu sahaja pun sudah mampu menjatuhkan air matanya.

bukan sensitif tapi dia betul-betul mahu tahu tentang hidupnya sebelum ni. tentang ayahnya dan kenapa dia menjadi seorang pesakit gila.

bahu yoonmin dipegang dari belakang buatkan dia menoleh. terlihat heeseung tersenyum menunjukkan wajahnya yang berseri. "yoonmin jangan pendam sakit tu tau. luah je dekat beomgyu, heeeseung tahu dengan yoonmin, dia akan bagi free punyalah !" sempat dia mendermakan kelipan mata sebelum bergerak ke elevator.

yoonmin mengeluh. fikirkan beomgyu. dengar kata beomgyu tadi buatkan dia rasa agak terkilan. kenapa banyak-banyak lelaki dalam dunia ni, yoonmin tersuka pada lelaki yang disukai oleh kawannya sendiri ?

tambahan pula, soobin sendiri tidak merapatkan diri dengan yoonmin. gila, mana ada siapa nak.

dia mengusutkan sedikit rambutnya. takkan hubungan beomgyu dengan dia hanya doktor ? apa kerja soobin sampai yoonmin dapat jumpa dia ?

"uhh... brain can you stop ? aku peninglah. i still don't have any answer for that question," bebelnya sendiri.

betullah apa dikatakan itu. soalan yang dibuat dari kepala dan mindanya itu tidak semestinya boleh jawab dengan segera. kalau beomgyu atau lebih tepat mendengar dari ibunya sendiri pasti dia mendapat jawapan dari mereka.

"pabo, tenunglah. tenung sampai kau reput. sini cepat ikut aku," seseorang menarik tangannya membawa dia kesesuatu tempat.

"beomgyu, kita nak pergi mana ?" hanya 'shh' dibalas oleh beomgyu. iya lelaki tadi itu adalah beomgyu. tanpa menjawab dia hanya menarik tangan yoonmin turun ke tingkat bawah. melalui elevator yang baru saja dinaik oleh heeseung sebentar tadi.





Paboya !! - Choi BeomgyuOù les histoires vivent. Découvrez maintenant