NUSYUZ | 02 | "Bunuh diri?!"

338 132 31
                                    

SONGKOK dibaling kasar keatas katil. Rambut diramas, dicengkam kuat oleh si lelaki. “ARGHHHHHHH!!!! BODOH!”

Jerit Zarif sendiri. Merah wajah dek kerana menahan marah yang amat dalam. Bantal, perfume dan segala barangan yang dia lihat dibaling ganas kelantai simen bilik. Habis bilik itu berantakan dek kerananya. Semua memang dah gila! Ada ke dia patut kawin dengan perempuan itu? Dia tidak bersalah, kenapa perlu kawin!?

Lagi pun dia baru 18 tahun! Muda lagi. Mana boleh galas tanggungjawab yang teramat besar itu. Mama dan ayahnya memang dah gila! Ada ke patut kawin kan dia dengan usia dia yang semuda ini. Zarif nekad, sejak tuk kadi mengatah sah Zarif dan Rozana bergelar suami isteri. Dia mahu siksa si gadis. Biar lah apa pun yang terjadi. Asbab geram akan mama dan ayahnya tetapi tidak mampu diluah. Terpaksalah si gadis menjadi mangsanya..

“Kau tunggu perempuan..”

.
.
.
.
.

AYU RAUDHAH mengetuk perlahan pintu bilik anaknya. Kali ini sudah 18 kali ketuk, tapi tidak ada yang menyahut. “Zana.. bukak lah pintu ni..” pujuk wanita itu lagi. Suaminya yang lalu disitu berhenti jalan

“Bang, tengoklah Zana tu. Dari tadi lagi tak bukak pintu..” adu Ayu Raudhah kepada si suami

“Ini semua salah awak! Siapa suruh awak yang setuju kata si Tengku Ismail tu untuk kawin kan si Zana tu! Dia tu masih muda awak tahu tak?!” marah Sulaiman tegas. Dari tadi dia tahan sabar. Rozana dahlah salah satu anaknya. Anak yang dimanjakan dahulu tiba tiba dengan sekilap mata anak itu menjadi hak orang lain. Mana tidak dia akan bengang!

“Ish abang ni! Saya cakap pasal Zana sekarang ni. Bukan bende tu! Abang ni boleh tak jangan keruh kan lagi keadaan?!” Sulaiman mendiam. Ini lah perempuan. Orang marah dia, dia marah orang balik. Padahal memang salah sendiri!

“Dahtu awak nak suruh saya buat apa? Tunggu jela budak tu hilang steres nanti lambat laun bukak lah pintu nya. Takkan seminggu duduk dalam bilik tu. Mandi makan tak, gila dah agaknya kalau macam tu,” bebel Sulaiman. Dia berjalan pergi masuk bilik tidur. Ayu Raudhah mendiam. Dia juga turut ikut jejak si suami

.
.
.
.

Lama dia termenung diluar jendela apartment
rumahnya. Hati dia remuk. Hancur sehancur nya. Apa yang sudah berlaku pada dia tika ini benar benar sejarah hitam dalam hidup dia. Kesan air mata dipipi kian terlihat. Dia sudah kering air mata. Dari pagi tadi air mata ini tidak henti-henti mengalir. Rozana mengetap bibir. Kenapa... Kenapa takdir aku begini..

Apa.. apa dosa aku sampai aku kene paksa kawin sampai macam tu sekali. Rozana mahu menjerit tapi sekarang sudah pukul 3 pagi. Takut ada yang terjaga dek kerana suaranya sahaja. Rambut si gadis habis serabai dek kerananya. Seharian dia, didalam bilik tidak makan. Tidak mandi. Dia dilema. Adakah memang benar lelaki itu memperkosa nya? Atau dia juga tidak tahu apa apa. Fikirkan dia bercelaru! Otak dia berdenyut-denyut sakit. Rasa nak pitam asbab terlalu banyak berfikir

Tika ini Rozana dikuasai 100% bisikan syaitan. Dia nekad hendak mahu bunuh diri. Dia merasakan takdir sekarang sungguh perit dan dia tidak mampu mahu bergelar kan isteri orang sewaktu dia masih lingkungan remaja ini. Rozana perlahan buka tingkap biliknya. Dia berdiri di atas batu tingkap bilik. Kakinya bergetar dek kerana ketakutan. Akal dia sekarang sudah mati. Dia tidak berfikir panjang. Yang dia fikir dia mahu mati sekarang! Dah takde guna kalau dia hidup semua orang lakukan begini terhadap nya!

{OG} 𝐍𝐔𝐒𝐘𝐔𝐙 | >𝐑𝐄𝐌𝐀𝐊𝐄<Where stories live. Discover now