NUSYUZ | 08 | "BERANG!"

222 83 27
                                    

Cak? Pe habaq?

......

"SAMPAI bila Yu. Sampai bila kita nak rahsiakan perkahwinan mereka. Zana tu. Dah macam orang gila aje duduk dekat sekolah tu. Lambat laun Zana akan tahu jugak. Kenapa nak lambat-lambat bagitau dia?" Encik Sulaiman tidak faham. Apa bezanya beritahu awal dan lambat. Puan Ayu Raudhah menjeling sekilas

"Abang, Zana tu baru baik daripada hilang ingatan tau. Abang nak ke Zana terjun bangunan lagi bila dengar tiba-tiba dia dan anak tengku tu kawin? Sabarlah dulu.. saya tahu apa yang saya buat. Abang apa tahu..." kalini ini Encik Sulaiman serius. Eh... Nak rendah-rendahkan kita lak!

"Takde beza pun Ayu ui... Dia akan tahu juga nanti... Awak cakap abang tak tahu? Eh, abang ni paling rapat dengan Zana tau sejak dari kecil. Abang tahu apa Zana akan buat bila dia dah tahu semua benda ni. Makin kita lambat bagitahu. Makin membara lah budak tu nanti..."

Kata yang Encik Sulaiman sembur Puan Ayu Raudhah membiarkan sepi. Sememangnya dia juga berasa serba salah merahsiakan hal yang besar ini pada anaknya.

Esoknya, Rozana buat keputusan tidak mahu hadir ke sekolah dek kerana malas mahu bersemuka dengan manusia bertopengkan syaitan itu. Papanya hanya membiarkan Rozana menenangkan fikiran. Hasil buli 'mental' bukan boleh dibawa main. Boleh jadi gila dan trauma!

PINTU kelas diketuk beberapa kali. Cikgu Zaleekha mengangguk sekilas memandang wajah seorang lelaki terpacak di muka pintu kelas.

"Ye, nak cari siapa ye?" Cikgu Zaleekha menyoal lembut

"Saya nak jumpa Zarif. Zarif Ikhwan. Ada dia?" penuh bernada serius Encik Sulaiman menyoal. Deng! Zarif terpandang raut wajah lelaki itu dihadapan muka pintu kelas. Cis! 'ini mesti kerja kau kan Zana, pergi mengadu! Dasar perempuan lemah!'

Zarif sempat berdesis kecil dalam hati. Cikgu Zaleekha memandang wajah Zarif tanda suruh keluar dari kelas tersebut. Nak tak nak, punggung yang berat lagikan menyampah diangkat jua untuk keluar dari kelas tersebut.

Zarif diminta Encik Sulaiman untuk berbual belakang pintu kelas. Tidak mahu semua mendengar dan melihat. Zarif berpeluk tubuh selamba. Kening diangkat isyarat 'apahal?'. Encik Sulaiman pandang atas bawah lelaki yang tinggi satu inci darinya itu. Aih... Dengan bapak mentua pun kurang ajar eh engko?

"....Sepanjang Zana duduk sekolah ni. Dia kata, ada seorang 'lelaki' yang tiba-tiba muncul cari pasal ganggu hidup dia. Saya nak tanya lah eh, kamu ni sebenarnya sedar tak. Yang perempuan yang kamu 'buli' tu, 'bini' kamu sendiri? Ke kamu memang saja-saja membodohkan diri? Hah?" walaupun wajah Encik Sulaiman serius berdingin seperti kutub utara. Tapi, suara dan nadanya masih bisa dilembutkan lagi. Encik Sulaiman bukan jenis lelaki yang baran. Dia seorang lelaki yang penyabar.

Zarif berdecit kecil. Kepalanya terteleng ketepi. Dia berura-ura biasa

"Pandai eh, dia mengadu kat bapak dia... Asal dia tak mengadu dekat mahkamah je terus?" menyirap darah Encik Sulaiman kali ini. Gigi geraham kini berbunyi dek kerana kuat diketap. Budak ni, memang dari dulu muka aje mintak penendang! Dasar jantan dayus.. sudahlah tidak reti hormat orang tua...

"Zana mengadu dekat saya sebab dia tu tak tahu yang kau Zarif! SUAMI dia... Kalau dia tahu, saya rasa dah lama lah dia tuntut cerai..."

Zarif geram. Susah betul bercakap dengan orang tua macam ni...

"Memang lah dia tak tahu.. sebab tali wayar otak dia dah putus. Then sekarang ni, kau orang mak bapak dia lah yang kena bagitau dia. Takkan nak biar macam tu je?..."

{OG} 𝐍𝐔𝐒𝐘𝐔𝐙 | >𝐑𝐄𝐌𝐀𝐊𝐄<Where stories live. Discover now