NUSYUZ | 06 | "UNDI?"

289 97 29
                                    

BUNYI loceng kuat kedengaran didalam sekolah menengah Taman Tasik Murni itu. Para-para pelajar mula melangkah keluar daripada kelas untuk ke dewan. Hari ini hari Isnin. Seperti biasa, sebelum memulakan pelajaran. Mesti akan ada perhimpunan terlebih dahulu. Athirah dan Farisya sudah bergerak terlebih dahulu manakala si Rozana masih dibelakang. Saat di tangga, mula lah sudah ada traffic light para lelaki samseng disitu. Dia menghembuskan nafas perlahan. Nak tak nak kene jugak redah mereka ini. Tidak, jalan mana lagi dia mahu lalu.

Tika dia mahu melangkah turun dari tangga tersebut, ada seorang lelaki samseng menghulurkan kaki padanya. Rozana tersentak terjatuh atas dada bidang seorang lagi pelajar lelaki yang sedang melepak di tangga itu. Riuh disitu kerana adegan panas itu. Zarif dibelakang mencekup kan kedua belah tangan kedalam poket seluar biasa. Idea jahat muncul dibenak fikiran

Tubuh si gadis ditendang lagi dekat dengan lelaki yang tadi dia jatuh itu. Bising sungguh keadaan dengan suara-suara nyaring mereka. Rozana tahan malu. Dia nak bangun, tapi kaki terseliuh dek kerana jatuh tadi. Lelaki itu mengetap bibir menahan malu juga. Dia pandang tepi tidak mahu bertembung muka dengan si gadis.

“Oi, ambik lah dia siot!” marah Razik tahan malu. Yang minah ni pun asal lama-lama. Bangun ah. Rozana cuba tahan sakit kaki yang terseliuh tadi. Dia bangun perlahan-lahan. Tebal dek muka tika ini. Tak tahu nak sorok dekat mana. Zarif tersenyum jahat lantas terus pergi dari situ bersama Kiki disebelah

Panas hati melihat tingkah laku kurang ajar si Zarif ini. Memang dah lama tak diajar ke mamat ni!

MINI kerusi diambilnya lantas diletakkan kasar disimen dewan. Dia duduk dibelakang Faris. Dengar saja kehadiran Zarif dibelakang, terus Faris memusingkan badannya

“Weh Zarif! Dengar cita arn. Cikgu-cikgu nak lantik kau sebagai penolong pengawas!” bersungguh dia bercerita. Zarif jongkit kening biasa. Mukanya tidak beriak apa-apa. Cebik bibir Faris memandang muka selamba si dia itu

“Hek eleh, kau ni... Kau tak kisah? Satgi kau dah tak boleh jadi 'ketua gengster' ah lepas ni.”  Faris tayang muka padan. Zarif mengetap bibir. Apahal lah pulak tetiba cikgu nak lantik dia ini?

“Aku dengar, kita semua kena cabut undi. Bukan kau seorang je. Ada lagi dua pelajar yang selalu buat hal dalam sekolah ni.” Andi menyampuk perbualan mereka

“Ah! Siapa yang undi aku, tengok ah nasib dia macam mana lepastu...” kalau dia jadi pengawas, habis lah rancangan dia rosak. Mahu siksa hidup Rozana! Jadi pengawas kene disiplin! Andi dan Faris saling memandang seraya tersengih nipis. Ada le tu plan mahu undi Zarif. Sengaja mahu lelaki itu jadi pengawas.

Hanif yang diam tidak bersuara memerhati mereka. Ikutkan nak aje dia beri tahu Zarif. Tapi dia bukan jenis begitu.

......

Getah lastik di halakan pada si budak lelaki nerd gagap itu. Kedua tangan dan kakinya diikat oleh Faris, Kiki dan Andi. Hanif seperti biasa, rokok akan menjadi bahannya tika itu. Dia tersenyum nipis melihat adegan tersebut.

“J... janganlah Zarif! J.. Ja.. janganlah!” hambur pelajar lelaki itu agak gerun melihat getah lastik ditangan Zarif hampir-hampir sahaja mahu kene bawahnya itu. Zarif tidak mengendahkan suara gagap itu, dia terus menghalakan getah lastik itu. Bila-bila masa sahaja lastik itu akan terlepas. Naya budak tu tak boleh kencing setahun

“Dah lah engkau ni, janganlah gerak. Macam mana aku nak tembak!” dia berbicara biasa. Faris disebelah memegang kuat lengan lelaki itu tertawa kecil. Lucu...

“Ey! Budak! Boleh tak kau duduk diam?” marah Kiki disebelah memegang lengan pelajar lelaki itu. Andi dibawah memegang kaki si dia menggeleng kepala. Tak patut, tak patut.

{OG} 𝐍𝐔𝐒𝐘𝐔𝐙 | >𝐑𝐄𝐌𝐀𝐊𝐄<Where stories live. Discover now