NUSYUZ | 10 | "MISTERI..."

205 83 34
                                    

"ANJING! Aku ada traning bola ah lepas ni..." rungut Hanif dingin. Serabut kepala sekarang. Lepas sekolah nanti kena bersihkan tandas lagi. Orang lain buat pasal, dia pula jadi mangsanya

Kesian...

Meja dihentakkan kuat Andi. Rambut serabai.
"ARGH, SI*LLAH! Apepasal kita semua yang kena hadap semua benda ni?"

Mereka diam. Masing-masing bengang dan blur dengan keadaan. Siapakah yang berani bertindak sebegitu terhadap mereka. Setahu mereka, satu orang makhluk pun tidak dapat berdiri untuk memulakan perdebatan terhadap mereka berlima. Memang terkenal dengan gelaran 'samseng' sekolah di dalam sekolah tersebut. Sudah semestinya tidak siapa yang berani. Namun mereka tidak sedar, yang masih wujud lagi orang yang mampu berdebat dengan mereka berlima.

Tercabar dan tercalar jiwa lelaki mereka berlima. Kalau denda itu, cukup habis hari ini, boleh tahan lagi. Tapi sampai seminggu! Nak rehat pun tak boleh bhai...

"Kulit dengan tulang dia aku lunyai ah kalau aku dapat tahu ni, mencabar betul perangai!" Fikri diam menatap Faris yang menalog sendiri itu. Baran, semua tengah menahan bengang sekarang. Zarif tersenyum senget dalam hati. Kesian betul mereka ini.

LEMBAB!

"Kau orang tak dapat tangkap lagi ke siapa punya kerja ni?" senada suara lelaki itu. Keempat-empat mereka serentak memandang wajah selamba Zarif

"Siapa? Meh sini tengok! Berani tunjuk biadap dengan aku..." omel Faris

Hanif diam. Sepertinya dia sudah dapat baca apa yang Zarif sangkakan. Zarif dan Hanif orang kata sama kepala. Diam-diam memerhati..

"Aku tahu siapa..." sambung Hanif. Zarif tersenyum psiko. Yes, dia sudah agak Hanif akan berbicara seperti itu

"Hek eleh, dua ekor ni. Tahulah, tahu siapa. Bagitau lah siapa! Kitorang nak tahu. Dok balas mata-mata kat situ! Haram jadah pun tak habis!" baran Faris tidak dapat dikawal. Zarif memeluk tubuh bersandar pada kerusi kelas mereka

"Tu, kau rasa... Siapa lagi?" anak mata Zarif tertoleh pada lima kerusi 5 gadis dihujung sana. Sewaktu ini, sudah habis pelajaran. Mereka ada masa 5 minit untuk keluar bersihkan tandas seperti mana yang dikatakan Cikgu Azmi barusan tadi

Tinggal 5 beradik gengster sahaja yang berada di dalam kelas tersebut

"Kurang asam! K*mak betul! Diorang berlima tu? B*bi betul!" kerusi depan ditendang keluar. Ingat jantan mana yang mencabar jiwa lelakinya. Rupanya minah-minah senget tu. Cis!

"Agak dah... Aku pijak nanti, sia-sia jadi perempuan kang... Ni mesti plan minah tomboy tu arn?" suara Fikri geram. Seakan mereka dengar gigi kacip dan geraham lelaki itu sedang bersuara ngilu.

"Dan minah si*l tu jugak! Mesti sebab pagi tadi yang aku rembat makanan dia tu. Pastu pergi mengadu dekat serai dia. Tu yang buat plan tomboy tu!" Zarif seakan-akan agak benda yang berlaku

"Aih, ni memang betul-betul menyiarap ni... Sejak ada betina s*al tu, bukan main eh si Athirah tu bela. Pergh, kita tak boleh duduk diam. Tak boleh duduk diam..." Fikri bersuara tidak mahu kalah.

Lelaki mana boleh kalah dengan perempuan!

"INI TAK ADIL! Kalau diorang boleh buat plan, kita pun boleh..." bicara Faris seraya mengetuk mejanya sendiri kuat.

{OG} 𝐍𝐔𝐒𝐘𝐔𝐙 | >𝐑𝐄𝐌𝐀𝐊𝐄<Where stories live. Discover now