NUSYUZ | 05 | "BEBAN!"

280 104 20
                                    


ZANA?” papa menyoal hairan. Rozana menguis-nguis nasi didalam pinggan dari tadi. Dia termenung. Entahlah. Fikir pasal mamat tu pun ada. Baru pertama kali sekolah dekat situ. Otaknya sudah beban fikiran si lelaki. Apatahlagi tunggu sampai dia habis spm.

“Ha, ye pa?” Rozana sudah sedar. Ayu Raudhah dan Sulaiman saling memandang

“Zana kamu ok tak ni?” tanya Sulaiman ingin tahu. Riak wajah anak tunggalnya itu memang tidak ok. Sengaja aja dia bertanya.

Rozana diam.

“Hmm ok je,” meleret gadis itu sambil sambung membelek belek ayam goreng di pinggan

“Tak ok kan? Macam lah mama dengan papa tak tahu,” Ayu Raudhah sudah bersuara

“Macam mana sekolah? Best?” Sulaiman menukar topik

“Papa nampak Zana gembira ke sekarang?” perli dia

“Kenapa ni sayang?” lembut lelaki itu bertanya. Sulaiman. Tidak lari dari manjakan si gadis. Berbeza dengan Ayu Raudhah. Tegas dan tidak terlalu ikut kata si anak. Dan sebab itu jugalah Rozana lebih selesa dengan papanya berbanding mamanya

“Entahlah pa. Tahu tak tadi, ada sorang budak laki tu. Tiba tiba je tak puas hati dengan orang, kurang ajar betul perangai dia pa! Ish! Tak puas hati betul!” Rozana ketap gigi. Geramnya amat!

Entah sebab apa selepas dia keluar dari hospital dia berasa mahu marah aje memanjang. Dia pun tidak tahu sebab apa. Mungkin ada satu perkara yang dia mahu marah tapi dia lupa sebab dia terjun banggunan berapa minggu yang lepas. Sebab itu bila hal yang kecil sahaja boleh jadi singa dia. Tidak Rozana yang dahulu. Lembut dan penyabar orangnya. Perangai dia hanya mama dan papanya sahaja yang mampu membandingkan dia yang dahulu dan sekarang

Ayu Raudhah dan Sulaiman tergamam. Zarif kah? Ouh... It's sokay, positif. Manalah tahu lelaki lain ke yang sakat Rozana

“Biasalah tu Zana, budak lelaki kan suka sakat sakat,” ujar Ayu Raudhah, memujuk

“Sakat apanya kalau macam tu! Lebih helok sekolah lama. Takkanlah Zana nak hadap muka dia sampai hujung tahun ni? Naya... Dah lah satu kelas!” hambur Rozana, peluk tubuh. Dia tidak mahu sekolah baru.

Sulaiman menarik nafas dalam dan hembus perlahan

“Zana... Kita nak cari yang perfect dalam dunia ni memang takkan ada. Semua tempat ada ujian. Jadi Zana kene terima lah. Mungkin ini ujian Zana. Alah, sekejap aje lelaki tu buat macam tu. Nanti lama lama lesap lah dia. Kalau dia ganggu Zana lagi, biar papa pergi report dekat Guru besar,” pujuk lelaki itu panjang lebar. Isterinya disebelah mampu mendiam. Hati sudah syak ini kerja Zarif.

“Takpayah report report lah pa. Satgi orang cakap Zana ni manja pulak!”

“Habis kalau macam tu, biar papa sound dia,” sambung papa lagi

“Haih... Apa apa jelah pa,” keluh Rozana panjang. Pinggan dihadapan ditolak kasar. Punggung diangkat pergi dari meja makan itu.

“Ni Zana nak pergi mana pulak?” jerit papa

“Tido!”

Tangga dinaiki. Ayu Raudhah mengetap bibir. Tidak mampu berkata apa apa.

.
.
.

TAJAM tatapan lelaki itu padanya. Dia ketap gigi geram. Zarif mengeluarkan kedua tangan yang tadinya dimasukkan kedalam poket seluar kasar. Dia pusing belakang laju

“Apahal kau usha aku macam tu? Nak gaduh?” terjah Zarif dingin. Helmi ketua pengawas didalam sekolah itu tergelak sinis

Hruh! Kau yang memintak ah Zarif!” hambur Helmi selamba

{OG} 𝐍𝐔𝐒𝐘𝐔𝐙 | >𝐑𝐄𝐌𝐀𝐊𝐄<Where stories live. Discover now