NUSYUZ | 03 | "Benci!"

369 123 27
                                    

"JANGANLAH KAMU SAKITI SESIAPAPUN SEKIRANYA KAMU TIDAK MAHU, DISAKITI OLEH ORANG LAIN.."

(Hadith riwayat baginda: Rasulluah S.A.W)

.
.
.

“BANGUNNN!!” laung Taufiq ketua kelas 18 Sirna itu. Semua pakat bangun melainkan Zarif Ikhwan. Lelaki itu masih buat derk sahaja. Pen ditangan masih dipusing pusing kan menjadi spinner. Teknik 'spinner pen' dimainkan lelaki itu.

Cikgu Linda bercekak pinggang. Mata menumpukan lama pada jejaka yang masih buat tidak endahkan sahaja kehadiran dia. Wanita itu sedikit berdehem.

“Ehem! Yang belakang tu takde telinga ke?” perli dia. Semua pakat pandang lelaki itu. Eei dia masih buat pekak. Nak aje ambil kerusi baling. Bagi hilang terus penyakit 'pekak' tu

“Wei Zarif bangun ah!” seloroh Ameer tidak puas hati. Zarif melepaskan pandangan tajam. Pen dihempaskan kuat ke meja. “Tak kau apahal? Tak puas hati?!” gumam dia lantas punggung diangkat. Nak gaduh cakap ajela!

“Dah dah! Kamu ni kan Zarif pantang ditegur sikit nak melenting! Orang suruh bangun tu bangun ajelah. Tak payah nak banyak bunyi bagai,” bebel cikgu Linda Zarif menjeling.

“Entah macam gampang!” sampuk Ummu perlahan. Semua dalam kelas itu meluat dengan perangai lelaki ini. Sikap biadap dan kurang ajar tidak reti nak hormat cikgu itu boleh buat suami? Cis, gali kubur dulu lah..

“Selamat pagi cikgu!” ucap mereka serentak. Cikgu Linda mengisyaratkan bahawa suruh duduk. Mereka akur

“Sebelum saya mulakan pelajaran kita. Projek sains kita dah siapkan ke? Kalau dah siap saya nak kutip sekarang,” ujar beliau guru sains mereka

“DAH SIAP CIKGU!”

“Baguss.. ini yang kita mahukan, cikgu bagi kerja terus siapkan. Nak nak pula spm korang semua dah tak lama lagi. So rajin rajin lah buat kerja rumah dan ulang kaji ye,” ngomel dia. Sesi tahun lepas budak spm tidak dapat ambil peperiksaan besar itu. Asbab penyakit covid yang melanda itu. Jadi terpaksalah batch 04 tangguhkan pada tahun ini. Sekali dengan batch 05

.
.
.

“Er awak siapa?” tanya Mujahid pengawas sekolah itu hairan.

“Dia budak baru lah, kau tak tahu?” sampuk seorang gadis disebelah Rozana itu

Si lelaki menggaru kepala tak gatal. Silap tahun ini ada dua orang sahaja budak baru masuk kelasnya. Tapi ini dah lebih dua orang ni. Siapa pula dia ni? Sesat ka?

“Yeke? Kejap aku cari nama kau, erm nama kau siapa?” tanya dia seraya kertas senarai nama didalam kelas itu dilihat

“Rozana Anniqah.”

“Rozana Anniqah ea.. erm ouh.. haha, kau bukan kelas sini. Kau kelas sebelah,” lelaki itu tersengih. Silap masuk kelas rupanya. Patutlah..

Rozana tersentak. Dia memandang rakan sebelahnya. “Ha? Kelas sebelah? Aloo,” ajuk gadis itu. Baru aje nak dapat geng baru

Rozana mendiam lantas tersenyum nipis

“Kelas sebelah au. Pergi lah masuk,” suruh Mujahid Rozana menyiapkan barang alat tulis dan memasukkan kembali kedalam beg. Dia melangkah keluar. Sempat dia melambai tangan kearah gadis itu.

{OG} 𝐍𝐔𝐒𝐘𝐔𝐙 | >𝐑𝐄𝐌𝐀𝐊𝐄<Where stories live. Discover now