BAB 1

10.7K 295 55
                                    

BAB 1

LUCCA tayang kad emas yang berada di tangannya. Tanpa banyak soal, dua orang bouncer yang sedang menjaga pintu masuk itu memberi laluan kepadanya. Buat pertama kali dia rasa bangga kerana memiliki kad itu. Itulah kelebihan mempunyai kad keahlian VVIP. Tak payah beratur menunggu giliran.

Bossy Club. Salah satu kelab malam terkemuka di Kuala Lumpur. Selalu menjadi pilihan anak muda untuk keluar berhibur. Terutama sekali di hujung minggu. Beratur panjang mengalahkan ada jualan murah. Yang anehnya, tetap gigih menanti walaupun kena tunggu berjam-jam. Nak berhibur punya pasal!

Mempunyai kad keahlian VVIP bukanlah bermaksud Lucca selalu datang ke sini. Rasanya ini baru kali kedua. Dia mendapat kad itu pun gara-gara diberi oleh salah seorang klien Dheo. Ini pun kalau bukan untuk berjumpa kawannya dari Itali, tak ada maknanya dia nak jejak kaki ke sini. Menjadi pengasuh Eman lagi seronok.

Lucca mengatur langkah ke tingkat atas. Tempat yang dikhaskan hanya untuk ahli VVIP. Lebih ekslusif. Dia yang memilih tempat itu memandangkan tempat itu lebih privasi dan kurang bising. Dari situ, dapat dilihat lantai tarian di bawah yang dipenuhi oleh anak-anak muda yang sedang terkinja-kinja.

"Ciao, Lucca! (Hello, Lucca!)" Dia men-dengar ada yang menyapanya.

Lucca hanya senyum segaris.

"Ciao, Sebastian!" tegur Lucca sebelum bersalam dan berbro hug dengan lelaki itu.

Mereka mengambil tempat di atas sofa panjang itu. Di kawasan itu hanya ada mereka berdua. Dan juga seorang perempuan cantik dan seksi yang berada di sisi Sebastian. Entah dari mana datangnya, dia pun tak tahu. Mungkin ditugaskan untuk melayan Sebastian.

Tapi Lucca tak mempertikaikan semua itu. Kawasan sebegini dan perempuan itu biasa. Itulah daya penarik kenapa lelaki suka datang ke tempat-tempat sebegini. Didampingi dan dibelai oleh perempuan-perempuan seksi. Yang berbuat lebih daripada itu pun ada. Tapi dia malas nak mengulas panjang.

"Kau macam mana, Seb?" Lucca bertutur dalam bahasa Itali. Gembira juga dapat bertemu dengan rakannya itu. Kali terakhir mereka bertemu rasanya lima tahun yang lepas.

"Baik. Kau? Signor D'Ambrusio macam mana?" soal Sebastian balik. Selalu tahu di mana ada Dheo, di situ ada Lucca. Mereka di Sicily semua tahu.

"Baik juga. Signor sedang bahagia dengan keluarganya sekarang," jawab Lucca.

"Glad to hear that." Sebastian angguk sendiri.

Seperti Lucca, Sebastian juga merupakan bekas ahli kumpulan mafia D'Ambrusio. Memilih untuk meninggalkannya dan memulakan hidup baru ketika Dheo memberi pilihan dulu. Beberapa ahli lain turut membuat keputusan yang sama.

Membuktikan tak semua ahli kumpulan itu suka dengan kerja haram. Bukan semua ahli kumpulan itu jahat. Sesetengah daripadanya terpaksa memilih jalan hitam demi kelangsungan hidup. Ramai juga yang tersepit kerana hutang. Ada juga kerana nyawa terancam andai tidak memilih kumpulan itu.

Sebastian tuang whiskey berjenama Jack Daniels itu ke dalam dua gelas kecil. Satu ditolak ke arah Lucca, menawarkan minuman keras itu kepadanya.

"No alcohol, Seb. I have to drive." Lucca menolaknya.

"Come on, man. Just one glass!"

"No!" tegas Lucca. Satu gelas biasanya akan menjadi dua gelas. Kemudian bergelas-gelas. Itulah impak alkohol. Dia tahu tahap toleransinya terhadap alkohol agak tinggi tapi dia tetap enggan mencubanya. Memandu walau dengan sedikit alkohol itu tetap berbahaya. Bukan hanya pada dia, tapi nyawa orang lain juga. Jadi, dia tak mahu mengambil risiko itu.

E-BOOK: KOMBO HEROIN (SAMPLE)Where stories live. Discover now