BAB 5

7.4K 251 1
                                    

BAB 5

LUCCA bongkokkan sedikit tubuh sambil kedua-dua tangannya menongkat pada rel besi itu. Dari tingkat atas, matanya meliar ke bawah. Ke arah kelompok anak muda yang sedang menari tak ingat dunia itu. Kemudian berkalih ke bahagian bar. Kemudian ke setiap penjuru dan laluan di dalam kelab malam itu. Bunyi bising yang terhasil langsung tak mencacatkan konsentrasinya. Mata Lucca tetap cekap bekerja.

Tiga hari!

Tiga hari berturut-turut dia menjadi pengunjung tetap kelab Bossy itu. Berada di posisi yang sama, di booth VVIP di tingkat atas. Harapannya, dapatlah mencuri pandang sese-orang yang cantik, bertubuh langsing dan berambut panjang ikal separas pinggang.

Tak.. dia bukan mencari perempuan untuk menghangatkan tempat tidurnya untuk satu malam. Dia mencari perempuan bernama Jasmin.

Ya.. Jasmin yang sama!

Namun, tiada bayang Jasmin. Dia tak lagi muncul di kelab itu. Lucca tak tahu kenapa tiap-tiap malam, gigih dia memandu ke kelab itu. Berdiri selama tiga jam di tingkat atas, hanya untuk mencari susuk gadis itu. Berharap gadis itu muncul. Tiga hari berturut-turut Lucca pulang dengan jawapan yang sama.

Hampa.

Hari ini juga. Jam di tangan dikerling. Pukul dua belas tengah malam. Baru satu jam dia berada di situ. Tapi, memandangkan dia dapat rasa hasilnya sama saja dengan malam-malam sebelum ini, Lucca buat keputusan untuk pulang saja. Lucca putuskan yang mungkin Jasmin mencari 'pelanggannya' di tempat lain pula. Mungkin di kelab-kelab malam lain di sekitar bandar Kuala Lumpur ini.

Buatkan Lucca tertanya-tanya, apa yang dah jadi pada perempuan itu? Jauh di sudut hatinya, dia berharap taktik yang dipakai Jasmin masih berjaya. Harap lebih licik supaya dia terlepas. Mencuri dan menjual diri, kedua-duanya tetap salah! Namun, andai betul tiada pilihan, Lucca jauh lebih rela Jasmin mencuri daripada menjual diri.


BUNYI bagaikan sesuatu dikatup itu buatkan Jasmin yang sedang bersiap-sedia untuk tidur itu sedikit tersentak. Belum sempat dia menoleh, terasa tubuhnya dipeluk dari belakang. Jasmin terus menjerit sambil cuba meloloskan dirinya.

"Apa ni? Lepaslah!" Ditolak-tolak tangan kekar yang mengelilingi tubuh kecilnya itu. Cemas. Dia tak tahu siapakah gerangan lelaki yang tiba-tiba menceroboh masuk ke biliknya itu.

"Ayah! Kak Ram! Tolong!" jerit Jasmin lagi. Mengharap ada sesiapa yang mendengarnya.

"Kau jeritlah sampai nak tercabut anak tekak pun. Tak ada siapa yang akan tolong kau malam ni. Rumah ni kosong sekarang. Ayah kau dah tinggalkan kau untuk aku malam ni."

Tubuh Jasmin mengeras selepas men-dengarnya. Dia kenal suara itu. Itu adalah suara Rushdi. Bukanlah bermaksud dia pernah berbual-bual dengan lelaki itu, tapi dia dapat mengecamnya setelah mendengar lelaki itu bercakap ketika di meja makan tadi. Ketika dia sedang melayan tetamu-tetamu ayah tirinya di ruang makan.

"Untuk pengetahuan kau, ayah kau dah jual kau kat aku. Dia tukarkan kau untuk bayar hutang-hutang dia dengan ayah aku. Maksudnya, sekarang aku ada hak sepenuhnya atas kau. Kau milik aku malam ni, Jasmin." Usai berkata, Rushdi menolak Jasmin ke atas katil. Ditindihnya tubuh Jasmin.

Jasmin cuba meronta. Ditolak-tolaknya tubuh Rushdi yang memberat di atasnya itu. Namun, kudratnya tak seberapa. Tenaga jantan Rushdi yang didorong nafsu itu jauh lebih kuat. Rushdi mengunci pergerakan kedua-dua tangan Jasmin.

Jasmin rasa mahu menangis. Dia tak dapat berbuat apa-apa sekarang ini. Rontaannya langsung tak berkesan.

"Hmm.. wanginya kau!" Jasmin dapat rasa lehernya dihidu oleh Rushdi. Makin dia memanjangkan lehernya untuk mengelak. Jijik disentuh lelaki itu!

E-BOOK: KOMBO HEROIN (SAMPLE)Where stories live. Discover now