BAB 9

5K 140 18
                                    

BAB 9

BUNYI erangan perlahan itu buatkan aku terjaga. Datang dari sebelahku. Lalu aku membuka mataku. Dekoraasi bilik asing menjamah panda-ngan tapi agak familiar. Bukan bilik aku tapi aku juga cukup kenal dengan bilik itu. Bilik Adri.

Lantas apa yang jadi semalam kembali menjelma. Aku dapat mengingatinya satu persatu, dengan penuh terperinci. Mana mungkin aku dapat lupa saat aku menjadi milik lelaki yang paling aku cinta. Semuanya indah.

Sehinggalah..

"Apa yang you buat atas katil I?" Suara yang sedikit keras dan penuh curiga datang dari sebelahku.

Aku menoleh ke arahnya. Adri sedang berwajah serius sambil memandangku. Dia nampak begitu kacak sekali dengan rambut bilik tidurnya. Namun, telingaku yang cekap menangkap soalannya tadi buatkan aku lupa semuanya. Dan aku rasa ada satu bendera amaran sedang berkibar.

Dia tak ingat?

"Are you naked? Did we just sleep together?" Mata Adri meluas. Matanya melorot pada tubuhku dan tubuhnya sendiri yang masih ditutup selimut tebal itu. Dan wajahnya bagaikan hilang darah bila sedar tiada seurat benang pun pada tubuh kami.

Dia betul-betul tak ingat!

Adri pula terus menjauhiku. Melompat turun dari katil dan menyarung boxernya. Kemudian dia memandangku. Matanya men-cerlung garang. Pandangannya buatkan aku rasa diintimidasi. Rasa mahu mengecilkan diri. Lantas aku menarik selimut tebal itu untuk menutup tubuhku itu.

Adri mundar-mandir di tepi katil. Sesekali meraup rambutnya. Aku pasti mengagumi tubuh cantiknya yang terdedah itu kalaulah dia tak punya aura gelap di sekelilingnya. Penuh ketegangan. Bagaikan tunggu masa untuk meletup.

Aku rasa tak sedap hati.

"Kenapa you boleh ada dalam bilik I? Macam mana kita boleh tidur bersama?"

"You tak ingat?" Aku memberanikan diri untuk bertanya.

"No. I tak ingat langsung. My brain is foggy." Dan dia diam sebentar. Bagaikan berfikir lagi.

Kemudian, dia menyambung lagi.

"Apa yang you buat dekat I? You bagi I apa-apa ke? Did you drug me and force me to sleep with you? Was it your trick?"

"What?" Perlahan suaraku. Mata sendiri meluas gara-gara tidak percaya. Sungguh tidak menyangka dengan tuduhan Adri itu. Sekeji itukah tanggapan Adri kepadaku?

Aku terluka.

"It must be drug or something. Sebab I tak ingat langsung apa yang dah jadi semalam!" Suara Adri penuh rasa kecewa. Dia merenggut kasar rambutnya.

Dan bila Adri cakap macam tu, aku juga cuba mengingat kembali apa yang jadi semalam. Aku juga syak sebegitu sebelum aku tewas dengan godaan dan pujuk rayunya. Memang tak mampu berfikir dengan tangan dan bibir Adri yang sentiasa bergerak di serata tubuhku semalam.

Makan malam tiada apa-apa yang pelik. Menu hanya mengikut apa yang ditempah di hotel. Dalam perjalanan pulang, Adri sakit kepala. Dan dia terus ambil ubat tahan sakit di dalam kereta.

Terkaku.

Mungkinkah? Kalau diikutkan, perangai Adri mula berubah aneh setelah tiba di rumah. Tapi, takkanlah Keyra sanggup buat aku macam ni?

Dia.. tak akan.. kan? Aku sendiri jadi kurang yakin.

"I paksa you ke semalam, Mel?" Soalan Adri itu menerbangkan segala hipotesisku. Kembali memandangnya. Dia masih serius.

Aku telan liur. Sebab sebaik saja aku mendengar soalan Adri itu, yang terlintas dalam kepalaku adalah bisikan dan pujuk rayunya supaya aku menyerah semalam. Itu bukanlah paksaan.

E-BOOK: KOMBO HEROIN (SAMPLE)Where stories live. Discover now