BAB 7

2.6K 104 0
                                    

BAB 7

"MEL, you dah balik?"

Aku ukir senyum hambar dulu selepas mendengar teguran itu. Kemudian angguk kepada Adri yang sedang berdiri di depanku itu. Terkejut juga aku. Buka saja pintu rumah, Adri dah sedia menanti. Wajahnya nampak sungguh ceria. Senyumnya juga lebar. Nampak dia bagaikan betul-betul gembira dengan kepulanganku.

Aku menolak bagasi beroda empat itu masuk ke dalam rumah. Adri merapatiku. Berhenti betul-betul di depanku. Terpaksa kudongakkan sedikit kepalaku untuk melihatnya yang lebih tinggi. Dia bagaikan mahu memberitahuku sesuatu.

Adri selitkan rambutku yang terlepas dari ekor kuda itu ke celah telinga.

"I miss you."

Mataku sedikit meluas mendengarnya. Mungkin sebab aku tak pernah menyangka dengan luahan Adri yang kedengaran sangat tulus itu.

"You rindu I?" Terlepas soalan itu dari bibirku. Entah kenapa aku rasa keliru.

Wajah putih Adri berkerut sedikit.

"Of course I rindu you. You tak rindukan I?" Ada nada merajuk di hujungnya. Seolah-olah terasa hati bila dirinya tak dikenang ketika kami berjauhan.

Pantas membuahkan senyuman kecil di bibirku. Adri sangat comel. Ringan tanganku pula naik ke wajahnya. Menekup pipi licin Adri itu. Pandangannya yang lembut itu aku tentang dengan penuh rasa cinta.

"Dah tentu I rindu you, Adri. Hari-hari I teringatkan you," jujurku. Adri tak pernah hilang dari fikiran dan hatiku.

"Habis, kenapa you tak call I pun!?I call you pun you tak angkat." Seakan-akan mahu merajuk lagi sekali.

Hatiku pasti berbunga-bunga, mungkin juga terbit rasa nakal untuk mengusik Adri. Andai saja aku lupa kenapa aku berbuat sebegitu sebelum ini.

Lantas apa yang jadi di dalam studio Adri dulu kembali menjelma. Hanya aku yang tahu. Buatkan rasa gembiraku yang baru bercambah tadi kembali terbantut. Namun, tetap aku ukir senyum untuknya.

Senyum plastik. Senyum pelakon wanita terbaik.

"I minta maaf. I sibuk. Lagipun, I tak nak kacau you." Separa jujur tentunya.

Memang betul aku sibuk dengan kerjaku. Aku baru saja pulang dari penggambaran untuk satu rancangan hiburan baru di Astro. Aku menjadi tetamu untuk rancangan itu. Penggambaran diadakan di Melaka, jadi aku terpaksa berpisah dengan Adri untuk tiga hari dua malam. Tapi aku pastikan aku sempat pulang untuk majlis penting Adri nanti.

Sedih atau tidak, aku tetap akan hadir dan menyokong Adri di hari pentingnya.

Aku rasa nasib bagaikan menyebelahiku. Aku memang perlukan masa untuk memujuk hatiku supaya kembali kuat setelah apa yang aku ketemui di studio Adri sebelum ini. Penggam-baranku memang bermula keesokan harinya. Jadi, aku boleh berada jauh dengan Adri untuk seketika. Aku jadikan penggambaran itu sebagai satu distraction. Aku tak mahu Adri syak apa-apa perubahan padaku. Sebab aku dah bersumpah dulu untuk tidak pernah mengalah dengan Adri.

Aku masih belum mengalah. Tapi aku juga bukan selalunya kuat. Di kala rapuh, aku tetap perlukan masa untuk sembuh dan kembali kuat. Jangan pernah cakap aku mengalah!

"You okey, Mel? You look distracted." Suara penuh rasa peduli dari Adri itu menerbangkan segala lamunanku. Lantas mata kembali fokus pada wajah kacak Adri. Tepat pada mata hitamnya. Sedang merenungku penuh prihatin. Bukti nyata Adri akan selalu ambil berat tentang aku.

Aku ukir senyum hambar lagi.

"I cuma penat."

"Sorry. I lupa you baru balik. Mestilah you penat. Pergilah masuk berehat. We'll talk later."

E-BOOK: KOMBO HEROIN (SAMPLE)Where stories live. Discover now