BAB 3

8.1K 281 67
                                    

BAB 3

LUCCA mengerang perlahan. Kepala rasa berdenyut-denyut ketika dia mula sedar. Perlahan-lahan kelopak mata dibuka. Pandangan-nya dihiasi oleh rekaan dalaman bilik Hotel La Prince yang sangat dikenalinya. Terang-benderang.

Dia kini sedang terbaring di atas katil. Ada satu selimut tebal membaluti tubuhnya. Menutupinya sehingga ke paras dada. Dia masih lengkap berpakaian seperti semalam.

Lucca cuba mengingat apa yang dah jadi semalam. Rasa agak keliru. Macam mana dia boleh berakhir di dalam bilik hotel di La Prince? Semalam dia ingat dia ada keluar dengan Sebastian.

Dia mabuk ke semalam? Tapi rasanya dia menolak segala minuman keras. Hanya memilih untuk minum air coke. Sumpah tak ada sentuh apa-apa jenis alkohol semalam kerana dia harus memandu pulang.

Masa dia nak balik pula, dia ada bertemu seorang wanita bernama Jasmin.

Jasmin!

Terus terpetik segala suis memori Lucca. Apa yang terjadi ketika pertemuannya dengan perempuan bernama Jasmin itu sehinggalah berakhir di bilik hotel ini.

Sepantas kilat, Lucca terus terduduk daripada pembaringannya. Rasa berpusing dunia-nya gara-gara posisi yang berubah secara drastik itu.

Bila dah rasa okey, kepala dipusing ke kiri dan kanan, ke arah sekeliling bilik itu. Kemudian bangun untuk melangkah ke bilik air. Mencari susuk gadis itu.

Tiada.

Lucca raup rambutnya yang agak berserabai itu. Ke mana Jasmin? Apa yang jadi semalam? Mereka tidur bersama? Rasanya tak, sebab dia masih lengkap berpakaian. Lagipun, dia memang tiada niat untuk tidur dengan Jasmin. Niatnya membawa Jasmin ke sini adalah untuk memberi wang kepada Jasmin dan suruh dia berehat saja di hotel ini.

Lucca hanya mahu menyelamatkan Jasmin daripada berakhir dengan lelaki lain yang entah apa-apa. Mungkin juga bertanya tentang alasan sebenar kenapa gadis itu sanggup menjual diri. Sebab dia dapat rasakan yang semuanya itu bukan atas kemahuan diri Jasmin sendiri.

Dan andai saja Jasmin terpaksa, memang dia tak akan teragak-agak untuk ikut campur. Dia peduli apa. Lucca cukup pantang kalau ada yang mengeskploitasi wanita. Andai itu pilihan sendiri, Lucca tak akan berkata apa. Tapi bukan kalau kaum yang lemah itu diambil kesempatan.

Tapi, lain pula yang jadi! Perkara terakhir yang Lucca ingat adalah dia minum air yang diberi Jasmin.

Dan Lucca terus faham. Memang betul sesuatu telah diletakkan di dalam airnya. Apalah agaknya sehingga dia boleh pengsan secepat itu?

Sesuatu yang berada di atas meja lampu di sebelah katil itu menangkap minatnya. Dompet-nya. Dompetnya selalu disimpan di belakang kocek seluarnya. Macam mana boleh berada di situ?

Lalu Lucca menapak mendekatinya. Dompetnya dibuka dan duit tunainya lesap. Jangan ditanya macam mana boleh lesap. Terkaku sekejap Lucca dibuatnya. Sedang menghadam kenyataan itu.

Tak tahulah nak marah atau nak ketawa sekarang ini. Sebab duitnya hanya hilang sebanyak tiga ratus ringgit. Masih berbaki seratus ringgit lagi. Jasmin hanya mengambil tiga ratus sebagai bayaran untuk semalam. Seperti yang mereka persetujui. Tak kurang. Tak lebih.

Jadi mungkin niatnya bukan untuk mencuri. Andai saja niat Jasmin mahu mencuri, pasti dia akan mencuri semua. Atau ambil terus dengan dompet-dompetnya sekali. Tiada lagi barang yang hilang sedangkan masih banyak lagi barang berharga lain yang boleh dicuri. Macam jam tangan mahalnya. Tapi langsung tak terusik.

Oh, lupa! Jaket dia! Jaket dia turut lesap. Tapi entah kenapa dapat dirasakan sebenarnya Jasmin tiada niat untuk mengambilnya. Mungkin tak sedar jaket Lucca tersarung di tubuhnya semalam ketika perempuan itu berlari keluar.

E-BOOK: KOMBO HEROIN (SAMPLE)Where stories live. Discover now