Pencinta Puisi

28 9 2
                                    

16

Hari sentiasa saja berganti
hari,

Setiap harinya aku mula
bermimpi,

Bersama hari mimpiku ikut
berganti,

Ada masanya aku menukar kerana sudah tiada inspirasi,

Ada juga kerana sudah tidak lagi
Berentak dengan hati,

Namun mimpiku sudah tidak
bertukar tukar lagi,

Ia mulai berhenti semenjak aku mengenal puisi,

Seakan anak yang menemui
bondanya,
Ia menemukanku dan menjadi
pertama,
Dibuku notaku penuh dengan
rangkap dan rimanya,
Disetiap baitnya aku isi
dengan dakwat dari pena,

Terkadang hasilnya elegi dan kadang ia surat bahagia.

The BulanWhere stories live. Discover now