Perasaan Yang Misterius

37 8 0
                                    

16

Tidak akan ada kata yang tepat meski berpuluh kamus ditelaah,

Dan mengungkapkan aku baik-baik saja hanyalah mantera peresah,

Suara yang terucap di kepala dan lidah membuat resah makin parah,

Sampaikan senyuman yang dulu
lekang di bibir hilang sudah,

Aku dulu pernah cuba menggali
kubu dengan bersungguh dan rakus,

Tanpa aku sedari ia membuat diriku terjerumus dalam juga tertimbus,

Aku menghilang dari kenyataan dan hubunganku dengan mimpi terputus,

Oleh kerana itu aku menggelarnya perasaan yang misterius.

The BulanWhere stories live. Discover now