Senyum Dulu

16 5 2
                                    

16

Bermukadimah dengan senyuman
di pipi,
Wahai si cantik anakmu sudah
kembali,
Mungkin sedikit lewat dari
yang dijanji,

Jangan berceloteh panjangnya,
Biar aku mencari kata-kata,
Dan menyusun abjad menjadi rima,
Senyum dulu atau tertawa,

Tiada apa yang perlu dirunsingkan,
Aku tiada langsung penyakit,
Cuma rindu akan senyuman,
Tapi itu tidak terlalu sakit,

Senyum lebar lagi,
Mahu kira lengkapkah gigi,
Mahu tahu adakah lesung pipit
Wah kamu senyum cantik sekali,










The BulanWhere stories live. Discover now