Lagi Sekali Manusia

23 5 0
                                    

16

Manusia hanya menjalani
hubungan oksimoron semata,

Oleh itu tiada hati yang
besar dicipta untuk sesiapa,

Manakala keikhlasan dicipta
Hanya untuk kata paradoks
Di dunia,
Agar adanya peluang untuk
menebuk kesyukuran seseorang
manusia keatas manusia,

Dan pada akhirnya dia dikerumuni
dengan rasa kecewa,
Lingkaran hidup tidak berakhir disitu sahaja,

Timbulnya satu niat ikhlas oleh
Lelahnya akan kecewa,
Niat untuk merelakan sang dunia
Dengan seutuhnya,

Dan melemaskan kepala ke atas
Tanah sambil berbisik sunyi,
"Akan ku relakan dunia untuk kamu
Tapi kau juga harus berjanji,
Untuk turut membawa kecewa pergi",







The BulanWhere stories live. Discover now