Kita Berbeza

27 5 1
                                    

16

Aku tertawan oleh senyumanmu
yang dikaca,
Mataku berbisik kata-kata
cinta mesra,
Namun hatiku masih lagi
aku jaga,
Tapi aku kalah akan sifat
si pujangga,

Namamu aku coretkan,
Kisah kita menjadi coretan,
Kerana realiti tidak dapat
diatasi,
Jadi aku hanya bermain bersama fantasi,

Di siang hari,
Khayalanku melayang,
Bermain mata hingga dikucup matahari,
Berpegangan tangan hingga
bulan datang,

Di malam hari,
Aku termimpi mimpi,
Bertemu kamu di alam
imaginasi,
Sepatah dua kata dari
Kamu ku nanti,

Tapi aku berserah sahaja,
Aku hanya pasrah kepadanya,
Berdoa agar terpadam cinta,
Kerana aku tahu takdir kita
jauh berbeza,





The BulanWhere stories live. Discover now