16
Adakalanya bermula dari
Berasa terkesan,
Akan hebatnya dia dalam
Merangkai kiasan,Mulalah berbalas pantun,
Dengan ayat penuh santun,
Jadi tenang bila berbicara,
Dari janggal terus biasa,Ada juga kerana rasa suka
Akan sikapnya,
Mungkin dia tidak sopan
Dari segi bahasa,
Tapi dia sungguh
Jujur bila berkata,Pertemanan tiada syaratnya,
Kalau dari segi usia,
Remaja atau dewasa tetap sama,
Tapi adab harus dijaga,Perbezaan rupa juga tiada,
Miskin atau kaya rupa,
Jangan pula engkau membeza,
Semuanya harus sama,Agama pula jangan dibawa,
Pegangan mungkin berbeza,
Namun isinya masih sama,
Untuk hidup sebagai manusia,Kita,
Semuanya sama,
Saling mencari bahagia,Aku jangan ditanya,
Jika mahu berteman silakan saja,
Tapi jika tidak suka,
Pergilah saja,
Jangan tinggalkan bermasam durja,