Kemajuan Buatku Khayal

17 4 2
                                    

16

Visiku padam menjadi hitam
Gelemat,

Sedangkan fikiran dipenuh
Runsing yang padat

Terkumat-kamit mulutku melafaz
Azimat,
Namun gelombang bunyi pegun
Dan hanya tersekat,

Aku tidak sawai,
Kerana itu ayatnya tidak
memberi solusi,

Aku tidak gelisah,
Kerana itu pilnya tertelan
Dengan mudah,

Kata orang dulu-dulu,
Itu kerana aku dirasuk
segerombolan hantu,

Tapi,

Kata orang masa kini,
Itu kerana aku dirasuk
Kecanggihan teknologi,

The BulanWhere stories live. Discover now