New Chapter..

136 17 4
                                    










"Jadinya?"

Jihyo hanya berdiam seribu bahasa. Mendonggak ke langit yang terang dan tenang.

"Oii.. Bo tanya.. Kau ni kan.. Eeee.. Geram-geram je aku tengok.."

"Ishkk.." Bo-Young menyiku lenggan Tiffany. Budak ni tak reti menyabar langsung.

"Itulah.. Apa lagi nak jadinya.."

"Kau yakin dengan apa yang kau hantar dekat aku semalam?"

Jihyo memandang tajam wajah Bo-Young silih berganti dengan Tiffany. " Kau rasa aku jenis yang mudah dipermainkan ke?"

"Mana kau tahu dia mainkan diri kau.. Kau tak jumpa dia lagi.. Kau tak dengar alasan dia apa.. Takkan kau nak jatuh hukum macam ni je?"

"Fanny kau nak dia kan, kau amik la.." Jihyo bangkit bangun dari duduknya. Meregang-regangkan badannya yang pegal.

"Yahh michyeosso?! Ehh perempuan ni.. Kalu dia memang nak ke aku ni memang ye la jugak aku amik.. Ni dia suka kau.. Bercinta pun dengan kau.. Aku ni sebelah mata pun dia tak pandang ta-"

"Tau pun.. Yang kau pergi tanya macam tu kenapa?"

Tiffany mengigit bibirnya geram dengan Bo-Young yang memotong kata-katanya. " Ni pendek ni.. Sibuk je.. Huh.."

Bo-Young hanya menyuakan penumbuknya. Malas nak bertekak. Silap haribulan dua-dua kena tinggal dek budak Jihyo ni.

"Ala.. Kau goda je la dia lagi.. Nanti aku bagi tips.. Itu pun kalau dia muncul lagi la.. Aku rasa lebih baik aku move on.. Teruskan hidup baru dan aku rasa aku nak pergi Jepun la... Hmmm..  Taiwan pun not bad rasanya.."

"Mwo!!! Jugeule? Kau nak buat apa dekat sana?" Jerit Bo-Young. Macam tak betul kawannya seorang ini bercakap hari ni.

Jihyo hanya menjeling sekilas, " Korang bagitau sesiapa hal ni.. Siap korang.. Kau Bo.. Jangan beritahu Namjoon a.k.a Baby bear kau tu, kalau tak.. Nahas kau aku kerjakan.."

"Kau biar betul Ji.. Takkan sampai macam ni sekali.. "

"Ntah kau ni.. Dulu masa minat Jong-Suk tu tak ada pulak sampai nak lari-lari.."

"Apa pulak lari.. Aku naik flight.. Bukan payah pun.. Ahhh penat layan korang.. Jom.. Kita pergi tempat lain pulak.. Gatal la duk sini.." Jihyo mengaru perlahan tangannya yang digigit nyamuk. Apa punya tempat la si Bo ni cari nak melepak.

Tiffany menepuk perlahan dahinya, susah kalau ada bff mental macam ni. Bincang perkara serius boleh buat main-main lagi.

"Kau tak boleh buat keputusan terburu-buru macam ni Ji.. Kau fikir dulu.. Kau tunggu dia untuk terangkan semuanya.. Mungkin ada perkara yang dia sendiri tak boleh elak untuk terangkan pada kau.."

Jihyo hanya memandang kosong wajah Bo-Young yang penuh berharap. "Sesuatu perhubungan perlu ada keikhlasan dan saling percaya mempercayai di antara satu sama lain.. Dia boleh beritahu semuanya.. Ya ada perkara yang boleh dikongsi dan ada perkara yang patut dipendamkan sahaja.. Tapi apa gunanya kalau tak gunakan kepercayaan yang diberi.. "

"Kau kena t-"

"Aippp.. No is No.. Dah jom.. Aku tak nak sebut hal ni dah.. "

Tiffany hanya memandang langkah Jihyo yang makin menjauh pergi. "Kita tunggu dia muncul balik, sementara ni kita ikut je apa yang Ji nak.."

Jihyo hanya memandang kosong jalan di hadapannya, "I may not be your first date, kiss or love...but I want to be your last everything.. Tch such a loser." gumamnya sambil tersenyum kecil. Air mata yang jatuh diseka cepat.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Mar 05, 2022 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

H.E.R.OWhere stories live. Discover now