H

759 116 88
                                    

DaViChi - Beside Me

Don’t forget, don’t forget, until always
I love you, I love you, until always
Whether I’m alone or we’re together, it doesn’t matter
You are next to me
You are next to me
You are next to me

✴✴✴✴✴

19. Fated, always next to me...

✴✴✴✴✴

✴✴✴✴✴

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ji.. Tengok.. Salji la.. WAhhhhh.. Bestnya.."

"Joonie.. Ji nampak la.. Heheh.. Mama.. Cepatlah.. Yahh!! Joonie jangan baling ice tu dekat Ji la.. Mama!!.."

"Iya sayang.. Kamu berdua ni.. Pantang betul nampak salji ya.. Mari sini.. Duduk dekat mama.. Tak nak dekat sana.. Sejuk tu.." Puan Choi menepuk lembut bangku, memanggil anak kembarnya yang saling berkejaran di antara satu sama lain.

"Mama.. Papa mana?" Polos muka Jihyo bertanya.

"Papa kerja sayang.. Uhhh aigoo.. Beratnya kepala anak mama ni.." Sakat Puan Choi sambil menarik kemas badan Jihyo. Mata bulatnya makin melayu dek usapan lembut yang singgah dirambutnya.

"Joonie nak jugak.." Laju Namjoon berlari ke arah Puan Choi. Memeluk kemas badan mamanya.

Puan Choi tersenyum lembut pada kedua anaknya. Selimut yang molek terletak dipahanya, dibuka luas menutupi badan mereka tiga beranak.

"Namjoon.. Kamu kena janji dengan mama.. Kamu akan sentiasa ada dengan Jihyo.. Kamu kena selalu bertolak ansur dengan dia.. Mama betul² berharap pada kamu.. Mama mahu kamu iringi dia sepanjang hidup dia.. Kamu sebagai seorang abang kena kuat untuk dia ya sayang.." Lembut Puan Choi mengusap urai rambut Namjoon sebelum mencium lembut dahinya.

"Joonie janji mama.. Joonie takkan sesekali abaikan Ji.." pelukan erat diberikan pada Puan Choi. Sesekali tangan kecilnya menyentuh kepala Jihyo yang sudah berdengkur kecil di atas paha mamanya.

"Janji ya sayang.. Kamu boleh lepaskan Ji bila Ji sudah berjumpa dengan orang yang selayaknya.."

"Janji mama.."

"Mama.."

"Mama.."

"Ma.."

"Choi Namjoon.. Psssttt.. Bangun woiii.." Perlahan Bo-Young mengoncangkan bahu Namjoon menggunakan hujung jarinya.

"Eughhhh.. Dugong.. Pehal.." Matanya masih belum mahu dibuka. Gumaman kecil kedengaran.

"Urghhh.. Aku hempuk jugak kau ni kang.. Kau ok ke.. Pehal kau asyik sebut.. Mama.. Mama.. Kau mimpi mendiang untie ke?"

H.E.R.OWhere stories live. Discover now