TD 19

172 54 7
                                    

'I've been searching a happinese for a long time but now after I met you,everything happens mirthfully'












Welcome to our new chapter





































"Aku terima nikahnya Carla Cleopatra Evelyn binti Carl Eskandar Evelyn dengan mas kahwinnya RM5 000 ringgit tunai."

Setitik demi setitik air mata mengalir di pipi mulus Carla.Selama ni dia anggap cliché apabila menangis semasa akad nikah tetapi apabila diri sendiri yang hadapnya membuatkan dirinya ingin menangis.

"Tahniah babe.Aku sayangkan kau"Clarissa memeluk gadis itu erat.Perkahwinan mereka diadakan di mansion milik Alexander dan tidak ramai yang dijemput atas sebab ingin menjaga keselamatan si gadis.

Tuan Carl melabuhkan punggungnya di sebelah Carla dan memeluk erat anak gadisnya itu.

"Jangan ingat kamu dah berkahwin,hutang kamu dah selesai"Ujarnya ketika berbisik di tepi telinga gadis itu semasa memeluk gadis itu.Carla mencebikkan bibirnya.

"Daddy sayangkan kamu.Kalau lah mommy dengan adik kamu masih ada,mesti diorang seronok kan?"Ucapan bapanya membuatkan Carla mengalirkan air mata.Dia merangkul tubuh bapanya erat.

"Dah-dah,jangan dok nangis dah.Pengantin lelaki tengah tunggu je ni."Suara Eric yang kuat dan bising itu membuatkan para tetamu yang hadir melepaskan ketawa berjemaah.

Lagilah malu si Carla tu.Alexander bangun dan berjalan menuju ke arah Carla yang duduk di pelamin mini yang disediakan di situ.Dia melabuhkan punggungnya di sebelah gadis itu.Opah Alexander menghulurkan bekas cincin untuk disarungkan ke jari mulus gadis itu.

Perlahan-lahan Alexander menarik tangan Carla untuk disarungkan cincin.Sebelah tangannya lagi mendongakkan kepala gadis itu yang sedari tadi menunduk.Tudung putih yang membalut kepala Carla menaikkan lagi seri si isteri.

Cincin sudah selamat disarungkan di jari masing-masing.

"Haa elok!La ni mai aku jadi cameraman.Hang pi sana nuh dok dengan bini hang.Pi la lekaih ish aku taboh apa tak dapat."Terkebil-kebil Alexander,Carla dan Eagen tatkala Eric yang bengong tu pandai cakap utara.

"Laaa hang pandai cakap utara ka Ric?Opah ingat hang ni reti cakap itali tu jaa."Eric mendabik dada bangga."Opah,mak saya ni orang kedah,bapak saya yang itali tuhh."Eagen menjulingkan matanya ke atas.Pandangan dilarikan memandang pasangan bahagia di hadapannya itu.

"Tak payah tenung lama-lama lahh,tak lari ke mana pun bini hang tu"Kedengaran suara Eric yang semakin membingitkan keadaan majlis pada hari itu.

Pipi Carla semakin memerah.Alexander yang melihat menarik tangan isterinya.

"Pa,Daddy,Rian dengan Carla naik atas dulu eh?"Bapa mereka berdua mengangguk dan sambung berbual.

"Ni korang pergi la berehat dulu.Kesian sangat tengok muka masing-masing penat sangat.Baru sampai semalam kan?Dah-dah pergi naik atas rehat.Kejap lagi opah panggil kamu semua."Opah Alexander menarik tangan Clarissa dan mula mendaki ke tingkat atas.

Alexander menolak pintu biliknya.Tidak bilik mereka.Sebelah tangannya memegang erat tangan Carla yang sedari tadi menunduk memandang lantai.

"Kau...kenapa?"Alexander mendongakkan kepala Carla.Butir-butir mutiara jelas kelihatan bertakung.

"Hey baby kenapa ni,hmm?Kenapa menangis ni ha?"Alexander menarik tubuh genit itu ke dalam bilik lalu dikuncinya pintu bilik itu.Yela bukan boleh percaya sangat pun dekat mangkuk-mangkuk takguna tu.

THE DEMON'S [HIATUS]Where stories live. Discover now