TD 12

215 57 6
                                    

'My moral in life is simple,you treat me good and i'll definitely treat you better'.









HER RIGHT





Suasana di tingkat paling 30 itu sunyi dilanda segerombolan lebah sebaik sahaja Alexander menapak keluar dari lif.Pekerja di situ tidak berani mengangkat kepala sehinggalah kelibat Alexander dan Carla masuk ke bilik C.E.O of Xavier Holding.

Terangkat bahu Carla tatkala Alexander menghempas beberapa file diatas mejanya.

"SARA!MASUK BILIK AKU SEKARANG!"Jerkah Alexander melalui interkom.Tak sampai seminit tubuh Sara.Carla meneliti pakaian Sara yang masih mengikut peraturan pemakaian syarikat ini.Kemeja yang dimasukkan ke dalam seluar slack.

Bukan apa,selalunya kalau dalam drama,secretary punya baju selalunya seksi-seksi gitu.Skirt atas paha la.Eh?

"Ya Tuan Leo.Ada apa-apa yang boleh saya bantu?"Dengan penuh tatatertib dan sopan Sara menegur Alexander.Kang tak beradap,kena tengking tak pasai-pasai.

"Aku nak laporan projek Jepun tuh."Arah Alexander tanpa memandang muka Sara.Sara kecut perut apabila mendengar arahan dari Alexander.

"Tapi tuan,team untuk projek tu masih belum siapkan laporan untuk projek tu tuan."Alexander menghentak meja itu kuat.Terangkat bahu dua orang gadis itu.

"Aku dah bagi projek ni dekat berbulan-bulan korang tak reti-reti nak siapkan?Kau pergi panggil diorang sebelum angin aku lagi teruk.Sekarang!"Tergopoh-gopoh Sara meninggalkan bilik Alexander.

Alexander menjeling Carla yang sedang merenungnya sedari tadi.Bukannya dia tak nampak.

'Oh,kau main jeling-jeling ya?Kau ke aku yang nak merajuk ni?Takpe-takpe,kita tunggu nanti siapa yang terhegeh-hegeh merayu dekat siapa.'Carla menjeling kembali dan melabhkan punggungnya di sofa lalu mengeluarkan telefonnya.

"Tuan,diorang dah ada dekat sini."Alexander memberi isyarat kepada Sara untuk keluar.

"So,mana report aku?"Alexander bangun lalu berjalan mengelilingi ketiga-tiga orang perempuan yang sedang menggigil ketakutan.

Sorang rambut karat.

Sorang skirt singkat.

Sorang lagi rambut kerinting dengan dressnya yang...perghhhh,nampak habis lemak-lemak yang terkumpul.

"Tt..Tuan bagi masa dekat kitorang sedikit lagi.Kami akan siapkan report tu secepat yang mungkin"Dengan penuh semangat si perempuan yang berambut karat itu berkata.

Carla menahan tawanya yang ingin meletus.

"Masa?Kau tahu tak lusa aku ada meeting dengan ceo dari Jepun tu?Kalau aku tak dapat projek tu,tiga-tiga ni mati aku kerjakan.Kau tahu tak projek tu bernilai lagi dari diri korang tu.Tahu tak?!3 juta.3 juta korang perlu bayar dekat aku kalau malam ni aku tak dapat report tu.Faham tak?!"Timbul urat di tepi kepala Alexander.

"Keluar dari sini sekarang!Ingat,malam ni aku nak report tu"Tanpa menunggu masa perempuan berambut karat dengan perempuan berambut keriting itu pergi meninggalkan bilik lelaki itu.

Tiba-tiba perempuan berskirt singkat itu pergi ke arah Alexander dengan gaya menggoda setelah mereka dihalau oleh lelaki itu untuk keluar dari biliknya.

"You,you kenapa ni?You tak cakap pun dekat I yang you nak meeting dengan ceo dari Jepun tu.Tiba-tiba you nak mengamuk tak tentu pasal."Tangannya melingkar ke dada Alexander dan bermain-main dengan tie lelaki itu.Alexander merengus kegeraman dan hanya mengendahkan sahaja perempuan itu.

THE DEMON'S [HIATUS]Место, где живут истории. Откройте их для себя