TD 15

173 54 0
                                    

'I used to love the quite,now the silence was eating me'










Hate me please


















Lari.

Dia sudah tekad.Dia akan lari meninggalkan tempat ini.Meninggalkan neraka dunia ini.

Dalam persalinan serba putih,si gadis mula melarikan diri dari tempat yang mengurungnya disebabkan oleh satu kesalahan yang bukan si gadis lakukan.

Mata mula meliar memerhatikan 'penjaga' yang menjaganya sejak kecil.

'Okay,takde orang.'Dengan perlahan kaki yang tidak berkasut itu memanjat dinding yang menghalangnya dari duniar luar.

Pap!Kedua-dua kaki itu berjaya mendarat tanpa sebarang bunyi.

14 tahun terkurung dan ini adalah kali ke-5 dia melarikan diri.Setelah sekian lama usahanya membuahkan hasil.

Terus kaki laju berlari meninggalkan tempat itu.Tidak dikalih walaupun sesaat.Didalam genggamannya terdapat beberapa keping duit syiling.

Stesyen kereta api dituju.Tanpa dia sedar,keadaan di tempat tadi mula bising akan kehilangannya dan beberapa orang mula mengejarnya.

Pin!!!

Ting!!!!

Terlepas syiling yang berada di genggamannya tadi.

Kaki berhenti melangkah.Tubuh ditundukkan dan dengan pantas jari mengutip syiling yang berteraburan tadi tanpa meninggakan hatta sekeping.

Bunyi hon yang kuat tadi sudah menrik perhatian lelaki-lelaki yang mengejarnya itu.

Hoi!

Tanpa berfikir banyak,si gadis bergerak menuju ke stesyen kereta api yang sudah tidak jauh kelihatan.Kelam-kabut dirinya mencari kaunter tiket.

Kaunter tiket sudah tidak jauh.Terus ditujunya lantas menghulurkan kepingan duit syiling tadi sambil mata meliar-liar memandang lelaki-lelaki yang berpakaian serba hitam yang mengejarnya sedari tadi.

"Faster!I need it right now!"Jeritnya sebelum diketuk meja kaunter itu bertalu-talu.Penjaga tiket itu menjelingnya sekilas dan tangannya mula mengoyak sekeping tiket dan diberikan kepada gadis itu.

"Hey,stop!"Tidak dihirakan jeritan itu,kaki terus melangkah menuju ke kereta api.Kaki melangkah luas sewaktu menaiki tangga.

Panggilan terakhir dari pemandu kereta api kedengaran.Hanya beberapa langkah sahaja untuk meninggalkan lelaki-lelaki itu.

Tetapi malangnya kakinya tersadung dan tubuhnya jatuh menyembah bumi.Pintu kereta api sudah tertutup dan meninggalkan tempat itu.

Dirinya bingkas bangun dan mengejar akan tetapi tidak berjaya.Kepala dikalih ke kiri dan kanan.

'Oh no'Kelibat beberapa lelaki itu semakin hampir.

Tiang menjadi tempatnya untuk menyembunyikan diri.

"Where is she?She's here just now!"Suara dari seorang lelaki kedengaran hampir dengannya.

Dia mengecilkan dirinya sebaik mungkin.Matanya sempat menangkap seorang lelaki yang memakai jaket labuh bersama topi di kepala yang berlalu di sebelahnya.

Nafas ditahan apabila terdengar tapak kaki mula mendekatinya.Lelaki yang mengejarnya tadi sudah berada di sebelahnya sebelum

Bbuk!

THE DEMON'S [HIATUS]Where stories live. Discover now