TD 3

306 76 13
                                    

'We're all searching for someone whose demons play well with ours'

Welcome to my world.

Carla mengangkat sebelah kening pada lawannya itu sebelum dia meluru ke arah lelaki tersebut dan dengan pantas tangannya yang dikepal membentuk penumbuk itu diangkat tinggi lalu dihayunkan pada wajah lelaki itu.

Akan tetapi Hansz pantas mengelak seraya cuba untuk menumbuk perut Carla,pun gadis itu turut mengelak lantas peha kanan Hansz ditendang kuat.Suasana yang sunyi membuatkan semua mata terkedu melihat Hanzs yang sudah tumbang dek tendangan dari gadis itu.

"kini,tibalah giliran Tuan leo untuk beraksi.Siapakah yang akan memenangi perlawanan ini?" Carla mengambil air minuman yang disediakan Matanya tidak terlepas dari memandang Tuan Leo a.k.a. Alexander,pun tidak akan menjatuhkan semangat Carla.

Alex tersenyum sinis melihat Carla yang sudah mengambil tempat di gelanggang.

Tanpa menunggu masa,Carla meluru ke arah Alex dan menghayunkan penumbuknya akan tetapi Alex dengan pantasnya mengunci pergerakan gadis itu.Lengan lelaki itu yang sasa sekaligus mengunci pergerakan Carla cuba dilepaskan.

Alex menguatkan lagi tekanan pada lehernya yang membuatkan Carla termengah-mengah mencari nafas.Mujur dia tahu untuk mengawal riak wajahnya sekarang.

Tanpa membuang masa,Carla menghayunkan kaki kanannya kuat ke belakang dan mengena pada lutut lelaki itu membuatkan Alex terundur sedikit ke belakang dengan tendangan di lututnya.

Peluang itu diambil Carla apabila sikunya dihentak kuat pada rusuk lelaki itu bertubi-tubi.Erangan kesakitan terlepas dari bibir Carla akibat dihentak kuat ke atas lantai gelanggang itu.

Alex menghampiri gadis itu lalu kakinya diangkat dan dihayunkan ke rusuk Carla,pun begitu gadis tersebut sedar dan bertindak pantas apabila kaki Alex yang hampir terkena tubuhnya direntap kasar dengan kedua belah tangan menyebabkan lelaki tersebut hilang imbangan lalu jatuh terduduk di atas lantai.

"Well,fuck!"Eric ketawa kuat melihat cara gadis itu menahan serangan dari Alex.

Dengan itu Alex bangun dari lantai tersebut sekaligus membawa gadis itu bangun bersamanya dengan kedua belah tangan Carla ditarik ke belakang lalu dikunci pergerakannya.

"Ready to lose,darling?"soal Alex di tepi telinga gadis itu sinis.Sungguh dia mengagumi kekuatan gadis itu.

"Fuck no"

Serentak itu juga Carla menghantuk sekuat hati kepalanya pada dahi lelaki tersebut hingga pegangan lelaki itu longgar,kesempatan itu diambil.

Pun begitu,Alex juga pantas menyerang apabila peha Carla sempat disepaknya sekaligus menyebabkan tubuh gadis itu terjatuh ke gelanggang.

Alex meluru dengan pantas ke arah Carla dan mengunci pergerakannya menggunakan lengannya yang sasa.Nafas gadis itu tersekat-sekat dan dia juga tidak dapat untuk melawan apabila seluruh tubuhnya dikunci rapat.

"Make sure you fucking beat me because I'll not give you the fucking chance to win."Bisik Alex keras dengan mata kelabunya merenung tajam wajah gadis itu.

Lalu dengan pantas juga tubuh gadis itu diusingnya di mana kini Carla membelakanginya,tangan yang mencengkam tengkuk gadis itu kini dilingkarkan pada leher gadis tersebut.

Kedua belah tangannya dicengkam oleh lelaki itu di belakang tubuhnya membuatkan pergerakan Carla mati serta-merta.

Alex tergelak sinis,mengejek.

Carla menghela nafas kasar tercungap-cungap dia cuba mencari nafas dengan wajah yang berkerut sakit.Dia yakin bahawa kali ini dia tidak akan berjaya.

THE DEMON'S [HIATUS]Onde histórias criam vida. Descubra agora