TD 7

252 71 3
                                    

'The person who taught you about life,KILL YOU'

MINE


Tap!

Tap!

Tap!

Suasana yang hening pada jam 2 pagi membuatkan derapan kaki kedengaran.riak tenang dipasangkan di wajah Alex.Kakinya berhenti di hadapan pintu bilik milik si gadis.Dijengulnya kepala untuk melihat keadaan si gadis yang sedang beradu ibaratkan 'Snow White' menunggu sang putera untuk mengejutkannya.

Bibirnya mengukir senyuman nipis lantas menutup pintu bilik si gadis.Kaki panjang miliknya bergerak beredar dari bilik itu menuju ke biliknya.

Kot labuh dibuka dan disangkutkan pada penyangkut sambil tangannya membuka cuff-link dan melipatkan tangan kemejanya separa siku.

Pemandangan pada waktu pagi yang hening itu tidak dapat menenangkan hatinya yang sedari tadi gelisah.

Dia bergerak ke sofa biliknya dan menghempaskan punggungnya di atas sofa empuk itu.Tangannya mengambil file yang berada di atas meja kopi itu lalu mula meneliti dokumen yang baru saja dia dapat daipada Jayden.

"Evelyn?"Kerutan di dahi lelaki itu mula kelihatan tatkala membaca maklumat yang berkaitan dengan gadis itu.Sesaat kemudian terbit senyuman sinis di bibir lelaki itu.

"Kau takkan dapat lari daripada aku." Lelaki itu menyandarkan tubuhnya dan perlahan-lahan matanya mula pejam lalu tubuh penat itu mula masuk ke alam mimpi.

******************************

"Good morning,princess!Harini kau tak perlu kerja.Kau rehatkan diri kau.Biar aku yang jaga kau yaa?Now,biar aku tolong bawa kau pergi mandi.Kau mandi aku tunggu dekat situ,okay?"Ujar Eric sambil menunjuk ke arah kerusi di meja belajar gadis itu.

Perlahan-lahan Carla mengangguk sebelum ada suara menghentikannya.

"Kau tak payah nak mengada.Eric,kau pergi ambilkan sarapan dekat dapur.Lily dah siapkan tadi.Biar aku bawak budak ni mandi."Halau Alex seraya menjeling tajam Eric.Eric membalas semula jelingan itu dan terus berlalu keluar.

"Errr..awak.Saya boleh jalan la.Tak perlu la awak nak angkat saya macam ni.Lagipun kaki saya bukannya sakit pun." Alex menghiraukan gadis itu dan mencempung gadis itu menuju ke bilik mandi.

"Kau mandi.Dah siap panggil aku."Tegas dan dingin suaranya.Carla akur lalu lelaki itu menutup pintu bilik air itu.Takkan kau nak bukak?Gatal sangat mata tu nak tengok orang mandi.Tampar kang!

Alex menuju ke sofa yang terdapat di bilik gadis itu lalu membaringkan dirinya sebelum bilik itu dimasuki oleh Eric yang sedang pegang sedulang makanan untuk gadis itu.

"Kau okey ke?Kau tak tidur eh semalam?"Soalnya lalu meletakkan dulang itu ke atas meja di sebelah katil lalu menuju ke arah Alex yang sedang melelapkan matanya.

"Aku tak boleh tidur semalam.Aku tidur setengah jam saja."Ujarnya sambil menutup mata.

"Pahal?Mimpi tu lagi?"melihatkan Alex yang senyap membuatkan dia menuju ke pintu lalu menuju keluar dari bilik itu.

"Kau dah siap ke belum?"Laung Alex dari luar lantas mengejutkan Carla yang berada di dalam bilik air itu.

"Err...sikit lagi je"Jawabnya sambil memandang pantulan tubuhnya di cermin.

'Macam mana aku nak keluar ni?Dahla baju satu habuk pun tak ambil.Takkan aku nak berkemban macam ni je?' Carla mengeluh perlahan.

Terkejut gadis itu apabila kepala Alex terpacul di sebalik pintu.Mujur dia sudah memakai tuala.Lelaki itu menghulurkan bathrobe satin kepada gadis itu.Gadis itu terus menyarungkan bathrobe itu ke tubuhnya lalu tali pada pinggangnya diikat kejap.

THE DEMON'S [HIATUS]Where stories live. Discover now