TD 17

162 53 8
                                    

'Everyone can fake their life to get something'














How bout' you?










"Weyh Eagen,kau kenapa?Dari tadi aku tengok kau dok pegang perut kau.Asal?"Eric memandang Eagen yang sedang mengerekot di atas sofa itu.

"Lapar" Jawabnya sepatah.Eric mula menayangkan senyuman beruknya itu.Tangannya mencabut sepasang sneakersnya dan diberikan kepada Eagen.Terjungkit kening kanan lelaki itu.

"Yang kau kasi aku kau punya kasut asal?!Aku kata aku lapar,bukan nak kasut kau."Eagen menjeling Eric.

"Lah,tadi kata lapar,aku kasi la aku punya sneakers.Kau tak penah dengar tagline ni eh?Ehem,'Lapar?Makan Sneakers'.Tu la kau,asyik main phone je.Bukannya nak tengok tv ke apa ke."Kepalanya dipalingkan ke arah Eagen.Air liur ditelan kesat.

"Kau jangan sampai sneakers kau tu yang jadi makanan kau!Arghhhhh!!!!!!!!SIAL LAH KAUUUUUU"Eric pantas berlari meninggalkan Eagen yang sudah bersiap sedia untuk mengejarnya.

"TIDAKKK!!!!!"Habis riuh rendah mansion itu dengan suara katak mereka berdua.

****************************************************************************

LYKAN Hipersport berhenti dihadapan Royal Place.Carla memandang wajah dingin Alexander dari tempat duduknya itu.Mereka pulang menaiki kereta Alexander yang terdapat di kediaman bapanya kerana gadis itu mengalami sedikit selesema akibat bulu kucing yang dipegang Alexander tadi pagi.

'Haih,aku gurau je.'

"Kau tunggu apa lagi?Pergilah turun."Halau Alexander dingin.Carla tersentak.Air matanya bila-bila masa sahaja akan jatuh menyembah bumi.

"Awak,forgive me please?Saya bergurau je tadi.Jangan marahkan saya lagi."Lengan Alexander dipegangnya.Lelaki itu hanya menghiraukan Carla.

"Aku cakap keluar,aku ada banyak lagi benda nak dibuat.Bukan nak melayan kau je.Pukul lima nanti aku balik ambik kau pergi training lagi.Kali ni,aku yang akan train kau,bukan Eric.Dah pergi keluar."Carla menundukkan kepalanya.Pintu kereta dibuka lalu dia keluar dari kereta lelaki itu.Mahu kemaskan mansion mereka itu.

Sebaik sahaja pintu kereta ditutup,kereta lelaki itu pantas memandu meninggalkan perkarangan Royal Place.

Kakinya melangkah menuju ke kediaman mereka.Wajah sugulnya menarik perhatian dua ekor beruk yang baru tiba itu.

"Eh,asal dengan kau Carla?"Eric menghulurkan sebatang aiskrim ke Carla.Gadis itu mengambilnya dan memasukkan ke dalam mulutnya.

"Takde pape.Dahla,saya nak pergi kemas rumah dulu.Bye."Dia mengaturkan langkahnya ke dalam tetapi Eagen menahannya.

"Kenapa kau nak kemas pulak?Kan Eric dah gantikan kau dengan pembantu dari rumah dia?"Kata-kata Eagen menyentak pangkal hati gadis itu.Kepala dipusing menghadap Eagen yang elok menyandarkan belakangnya di pintu.

"Habistu saya macam mana?Dah lah hutang saya dengan Daddy tak habis lagi.Saya taknak kahwin dengan pilihan dia"Carla meraung di hadapan pintu.Tubuhnya melurut ke bawah.

Eagen turun mencangkung di hadapan Carla.Wajah gadis itu ditiliknya.

"Kenapa pulak kau nak kena kahwin dengan pilihan bapak kau?Habistu Alex kau nak lempar mana?Lagipun lelaki pilihan bapak kau tu Alex.Ke,kau memang taknak kahwin dengan dia?Takpe biar aku bagitahu dia."Eagen pantas mengeluarkan phonenya.Namun,dengan laju Carla mengambil.

"What?!Kenapa saya tak tahu apa-apa pun?"Carla merenung muka Eagen.Eagen memandang Eric.

"What?Asal kau tengok-tengok aku pulak?Nak kena ke?"Eric menunjukkan penumbuknya sebelum menyambung semula makan aiskrimnya itu.

THE DEMON'S [HIATUS]Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon