6

239 48 8
                                    

Beg yang berada di atas sofa diambil dan digalas oleh jieun tanda bersiap untuk ke sekolah selepas bersarapan.

"Noona,noona nak pergi mana?"rowoon berlari ke arah jieun.

"Noona nak pergi sekolah lah. Rowoon duduk rumah,main dengan kun hyung"kata jieun menyelaraskan badannya dengan rowoon.

"Amboiii..mentang mentang aku cuti,aku jugak kena suruh"kun membebel.

"Tak nak,nak ikut noona"

"Rowoon tak boleh ikut noona..rowoon kena duduk rumah"balas jieun.

"Nak ikuttttttttt"rowoon mula merengek.

"Ok ok. Lepas noona balik sekolah,kita pergi taman nak?"

"Janji"rowoon menunjukkan jari kelingking nya.

"Janji"jieun membalas.

"Jieun,cepatlah nanti lambat"haechan memanggil.

"Ye ye"

...

Semasa jieun sedang meletakkan barangnya bersama jeno dan jaemin,soobin dan beomgyu datang je arah mereka.

"Jieun, lepas sekolah jom pergi jalan jalan dengan aku"ajak soobin.

"Tak boleh"-jeno.

"Aku tanya jieun bukan kau"soobin memandang jeno perlahan lahan dengan mata yang tajam.

"Aku kata dia tak boleh pergi so...tak boleh"

"Kau sapa nak tentukan hidup dia? Korang bukannya ada hubungan apa apa dah pon. Korang dah putus kan"cakap soobin sambil senyum.

"Hyung! Tak payah melebih sangat lah!"beomgyu bersuara.

"Heuh,kalau kitorang takde apa apa hubungan pon,kalau aku aku kata dia tak boleh pergi jalan jalan dengan kau,maknanya tak boleh. Kau tak payah nak ajak dah"

Jaemin hanya diam melihat mereka berdua berlawan mulut di situ.

"Tak masalahnya sekarang ni,jieun ada cakap ke yang dia tak nak? Takde kan,yang kau nak halang apasal?"balas soobin lagi.

"Eum soobin. Aku tak boleh pergi jalan jalan dengan kau sebab aku kene keluar dengan rowoon"jieun yang hanya diam dari tadi melihat pertengkaran mereka berdua cuba untuk bercakap.

"Ro-rowoon?"riak muka soobin mula berubah.

"Yeah,dia-"-jieun.

"Dia jieun punya boyfriend"jeno menyampuk.

"Boyfriend? Sejak bila kau couple? Setahu aku kau single"muka soobin mulai memerah.

"Tak lah mana ada,rowoon tu anak sepupu jeno je"jieun menjeling jeno.

"Ouwh..ingat kan dah ade orang dalam hati kau tu. Aku baru nak masuk"soobin cuba memikat jieun.

"Kalau ade orang pon apa masalah nyer,kau bukan ada hak pon dekat hati dia. Dia tak cakap pon yang dia sayang kau"-jeno.

"Eh dah lah,aku masuk kelas dulu tau"jieun pergi diikuti jeno dan jaemin.

Selepas mereka bertiga pergi dari situ,beomgyu memusingkan badan soobin untuk menghadap nya.

"Hyung! Hyung tak payahlah nak try noona tu. Hyung tahu kan yang dia sayang lagi dekat jeno hyung"beomgyu cuba menasihati soobin.

(✓)ꜰɪʀꜱᴛ : ʙᴇɢɪɴ [ʟᴇᴇ ᴊᴇɴᴏ]Wo Geschichten leben. Entdecke jetzt