9

221 42 1
                                    

"eun pegi dulu bye"kata jieun bergegas menyarung kasutnya dan keluar dari rumah.

"Eh tak makan ke?"tanya taeil.

"Makan ni ha"jieun menunjukkan roti yang dipegangnya dan keluar.

"Jeno pon nak pegi lah bye"jeno meletakkan sudu yang dipegangnya,mengambil beg dan keluar menyusul jieun.

"Jieun! Eunnn..JIEUN"jeno memanggil jieun yang bergegas pergi ke kereta miliknya sendiri.

"APA"jieun menoleh selepas beberapa kali dipanggil.

"Aku drive"

"Tak payah,aku naik kereta aku sendiri"

"Kalau aku cakap aku drive aku drive lah"jeno menarik tangan jieun masuk kedalam kereta.

"Apa masalah kau eh?!"

"Masalah apa? Aku pon nak pergi sekolah. Tak payah nak semakkan kawasan sekolah tu,bawak sikit sikit kereta cukup lah"jeno menekan punat start kereta dan pergi.

Sepanjang perjalanan,mereka berdua hanya diam. Jieun memalingkan mukanya ke luar tingkap manakala jeno memandang ke arah jalan raya dan mengambil peluang mengintai jieun.

"Tak payah nak usha sangat, pandang je jalan tu. Jalan tu lagi sesuai dengan muka macam kau"kata jieun masih pandang ke luar.

Jeno yang terkejut terus memberi perhatian ke jalan raya.

Sesampai nya di sekolah,jieun turun dari kereta dan bertembung dengan soobin yang kebetulan sampai bersamaan dengan mereka.

Soobin mengintai kereta yang dinaiki jieun dan terlihat jeno yang keluar dari tempat pemandu.

"Asal kau tak naik kereta sendiri?"

"Ada anjing gila tarik aku naik kereta ni. Aku pon tak tahu macam mana anjing tu boleh bawak kereta"ngumpat jieun.

Soobin hanya menahan niat untuk gelak sambil menjeling ke arah jeno.

Sepuluh minit selepas jieun dan jeno sampai di sekolah,yangyang,shotaro,sungchan dan ahli dream yang lain pula sampai.

Haechan,renjun dan jaemin masuk ke dalam kelas yang sama dengan jeno manakala yangyang dan shotaro pula masuk ke kelas yang lain. Jisung,chenle dan sungchan masuk ke kelas mereka.

"Ha! Memandangkan korang dah sampai,aku nak bagi satu lawak"yeonjun yang berada di dalam kelas itu tiba tiba bersuara ke arah haechan dan renjun.

"Bende apa kau ni? Kau bagi aku lawak merepek lagi aku tepuk dahi kau"balas haechan.

"Aku janji ni tak merepek"

"Okay,lawak die canni. Kenapa,tetikus dipanggil sebagai tetikus?"

"Sebab nama die memang tetikus?"-renjun.

"Salah. Sebab dia TERjadi tikus"sambung yeonjun lagi.

Haechan dan renjun memandang yeonjun tidak puas hati.

"Apa?"

"Jun,kau nak tahu something ak?"haechan menggosok gosok belahan diantara keningnya.

"Bende apa?"

"Lawak kau tak jadi au dan aku rasa nak tumbuk kau sekarang ni"haechan menunjukkan penumbuknya kepada yeonjun.

"A-ala rilek ah k-kau ni ponnnn..nama pon lawak rilek ah"yeonjun perlahan lahan turun dari meja yang diduduki nya dan berlari keluar dari kelas tu.

"Die dah sia siakan 10 minit aku siot"ujar renjun dan duduk di tempat duduk nya.

"Kau tak fikir aku pulak? Dari minggu lepas lagi die bagi lawak tak jadi die tu"balas haechan.

(✓)ꜰɪʀꜱᴛ : ʙᴇɢɪɴ [ʟᴇᴇ ᴊᴇɴᴏ]Where stories live. Discover now