11

189 43 6
                                    

"Bukan kau dah janji ke aku yang kau takkan balik lambat dalam keadaan mabuk? Kenapa kau buat jugak?"muka jieun bertukar sedih melihat jeno.

Tiba tiba jeno pusing menghadap jieun membuatkan jieun terkaku sebentar.

Adakah jeno dengar apa yang dia katakan?

Selama seminit jieun terkaku dengan gaya yang sama untuk memastikan yang jeno benar benar tidur.

Selepas yakin bahawa jeno sedang tidur, jieun menatap muka samoyed tersebut lalu mendekatkan mukanya kepada jeno. Semakin dekat dan akhirnya jieun memberikan sebuah kucupan biasa pada bibir jeno yang sedang tidur.

Posisinya kembali seperti biasa tetapi masih melihat jeno. Hatinya mula berdegup laju seperti pertama kali jeno meluahkan perasaan kepadanya.

Jieun memandang sekeliling bilik itu dan sebuah ipad di atas meja belajar menarik perhatiannya.

Dia mengambil ipad tersebut dan kembali duduk di sebelah jeno dan nombor 0204 ditekan dan ipad tersebut terbuka.

Jieun tidak menjangkakan password ipad tersebut masih sama seperti dulu dimana jeno meletakkan password sempena hari kelahiran jieun, 2 April.

Perkara pertama yang jieun buat setelah dapat membuka ipad tersebut adalah membuka gallery jeno yang setahunya terdapat gambar dan video mereka berdua yang menjadi kenangan.

Dan seperti yang dijangka, terdapat satu album khas yang menempatkan semua kenangan mereka bersama.

Senyuman kembali terukir di bibir jieun melihat semua gambar dan video yang jeno masih simpan.

Jieun pon masih menyimpan semua kenangan mereka tetapi tidak sebanyak jeno, hanya beberapa sahaja video yang jieun miliki manakala jeno yang menyimpan kesemua video.

Satu video dimainkan dan video itu adalah video yang dirakam oleh jaemin semasa jeno meluahkan perasaan.

Air mata mulai keluar daripada mata jieun. Semakin lama dia menahan semakin susah untuknya menahan air mata daripada jatuh dan akhirnya jatuh juga air mata apabila melihat video mereka berdua berada china.

Mereka berdua kelihatan sangat gembira di dalam video itu tetapi malangnya itu semua hanya tinggal kenangan. Jieun tidak menjangkakan langsung yang dia terpaksa mengatakan bahawa dirinya membenci diri jeno yang menyayangi dirinya.

Tanpa disedarinya, sepasang mata sudah memerhatikannya sejak tadi.

"Jieun..."lembut sahaja namanya dipanggil.

Pemilik nama segera memandang ke arah suara dan cepat cepat menghapuskan air mata nya.

"K-kau dah bangun?"katanya.

"So-sorry sebab bukak ipad kau tak bagitahu..aku just curious"sambung jieun lagi dan meletakkan ipad tersebut di atas katil jaemin.

"Hmm...kau buat apa kat sini? Bukan kau kena ada dekat sekolah ke sekarang?"tanya jeno memandang jam yang ada di dalam bilik itu.

"Pagi tadi kun oppa suruh aku jaga kau sebabtu aku tak pergi sekolah"tipu jieun.

"Btw aku dah okay dah ni, kau boleh keluar dah, nanti aunty suzy nampak dia fikir lain pulak"seketika jeno teringat apa yang jieun kata kepadanya tempoh hari.

"O-oh kalau macam tu aku keluar dulu"jieun bangun dari duduknya dan keluar dari bilik itu.

"Bodo bodo bodo. Macam mana kau boleh tak perasan yang dia dah terjaga, kan dah malu"jieun berkata kepada diri sendiri sambil menepuk nepuk kepala nya.

...

Jieun yang sedang duduk di kerusinya disapa shaeling.

(✓)ꜰɪʀꜱᴛ : ʙᴇɢɪɴ [ʟᴇᴇ ᴊᴇɴᴏ]Where stories live. Discover now