10

181 45 9
                                    

Taeyong melihat ke arah pintu berulang kali seperti sedang menunggu seseorang untuk masuk.

"Hyung tunggu sapa? Dari tadi tengok pintu"doyoung yang dari tadi melihat taeyong.

"Kau ade nampak tak jeno balik tadi?"-taeyong.

"Jeno?...takde. Kenapa?"

"Selalunya lepas balik sekolah dia balik rumah dulu baru keluar balik, asal harini tak balik balik"

"Alaa die pergi pergi rumah member die la tu"

"Member? Jeno tu mana pernah ade kawan, die kawan dengan dreamies je selalu"

"Nanti die balik lah tu" tiba tiba jieun menyampuk.

"Jieun ada buat apa apa dekat die ke?"tanya taeyong.

"Buat apa? Mana ade buat apa apa"

"Serius? Eun tak cakap apa apa yang sakitkan hati die kan?"taeyong menanya lagi.

".....mana ada.."jieun membalas dengan ragu ragu.

Taeyong memberikan anggukan tanda yakin dengan jieun walaupon di dalam hatinya masih ingin menujukan soalan kepada jieun.

Pada pukul 4.30 pagi, bunyi pintu utama dibuka menandakan seseorang baru memasuki rumah itu.

Ruangan yang gelap dan sunyi dilalui jejaka yang masuk ke dalam rumah itu.

Kun yang berada di dapur menyedari bahawa seseorang sedang berjalan ke arah nya dan cepat cepat dirinya berputar dan ternampaklah jeno yang basah akibat hujan dengan muka khas orang mabuk.

Wajah kun sudah menjelaskan perasaannya apabila melihat jeno seperti itu.

Jeno pergi ke arah peti sejuk dan mengambil sebotol soju dan pergi ke halaman belakang di mana terletaknya kolam.

Kun hanya melihat perlakuan jeno kerana dia tahu sebab jeno jadi seperti itu.

Itu bukan kali pertama jeno jadi seperti itu, sudah kali ketiga jeno pulang dalam keadaan mabuk.

Muka kun yang risau berubah menjadi terkejut dengan tiba tiba apabila melihat jeno tiba tiba jatuh je dalam kolam.

Kun laju berlari pergi arahnya dan terjun ke dalam kolam tersebut untuk menyelamatkan jeno.

Keluar sahaja dari kolam, kun terus menjerit nama jaemin.

Jaemin yang sedang tidur terkejut apabila kun menjerit namanya.

Tapi bukan sahaja jaemin yang terjaga,jisung yang masih bermain phonenya dan chenle yang sedang tidur pon mendengarkannya.

Mereka bertiga segera turun kebawah selepas kun menjerit.

Jieun yang sudah terjaga terdengar bunyi pintu terbuka dengan kuat. Dia membuka sedikit pintu biliknya dan ternampak jaemin, jisung dan chenle yang bergegas turun.

Sampai sahaja mereka bertiga di bawah, mereka dengan cepat menuju ke arah kun dan melihat jeno yang basah kuyup dan muka yang lesu + mabuk.

Jisung dengan segera mengambil tuala yang berada di atas kerusi dan meletakkan di badan jeno.

"Asal dengan jeno, hyung?!"tanya jaemin risau.

"Kau tahu kan sebab dia jadi macam ni"balas kun.

Jaemin hanya boleh mengeluh melihat keadaan jeno.

Kun mengangkat jeno seperti bridal style dan membawanya pergi kebilik mereka berempat.

Jieun ternampak mereka berlima memasuki bilik melalui pintunya yang terbuka luas.

Setelah jaemin selesai menukar baju jeno, jisung membuka balik pintu biliknya dan terkejut melihat jieun yang sudah berada di depan pintu tersebut.

"Noo-noona buat apa?"

"Tengok kambing bertelur"

"Aik..kambing bukan beranak ke?"

"Bodo lah icung ni..sah sah lah tengok dalam bilik korang"jieun yang sudah fade up membalas.

"O-ohhhhh"

Jieun sedikit demi sedikit masuk ke dalam bilik mereka untuk melihat jeno.

"Eun, ikut aku jap"jaemin tiba tiba menarik lengan jieun keluar dari bilik itu.

"Kau buat apa dekat jeno?"tanya jaemin memandang jieun dengan mata yang tajam.

"B-buat apa apa?"

"Jieun, aku bukan kenal korang sehari tau. Aku tahu setiap kali jeno mabuk macam ni,mesti kau ade buat something kan dekat die"

"Ok fine. Aku cakap dekat die yang die tak boleh jadi bf aku, and die cakap yang kejadian sebelum ni semua sebab soobin so aku cakap lah kalau die nak pertahankan diri die, tak payah lah sampai nak gunakan nama orang lain"

"Weyh..."jaemin memandang jieun tidak percaya.

"Apa?"

"Dia betul betul sayang dekat kau tau. And lagi satu..semua kes yang lepas tu, semua sebab soobin tau. Kau kenal kan jeno macam mana? Ye memang kau nampak dengan mata sendiri tapi aku yakin masa tu jeno tak tahu apa die buat, ade orang sabotaj die"terang jaemin mempertahankan jeno.

Jieun hanya diam mendengar penjelasan jaemin.

"Lagi satu, aku tahu kau sayang dia lagi...try lah untuk terima dia balik. Dia dah lama menderita"jaemin masuk semula ke dalam bilik sementara jieun masih lagi di luar.

Pukul 6.30 pagi dimana semua orang di dalam rumah itu bangun dan pergi ke tempat kerja dan sekolah.

"Kenapa jieun tak bersiap lagi? Nak pergi sekolah kan?"tanya taeil yang meletakkan sarapan di depannya.

"Eun rasa tak sihat lah hari ni"balas jieun sambil senyum.

Taeil mengangguk faham.

Perbicaraan mereka berdua didengar oleh jisung dan secara tiba tiba jisung menjerit.

"HYUNG"

"OHMAKKAU"latah taeil.

"Pfft-"jisung hampir ketawa mendengar latahan taeil.

"Apo kau nak"

"Jisung tak tidur lah hyung..rasa ngantok je ni..boleh tak kalau....jisung pon...tak nak....pergi... sekolah?"bodek jisung.

"Tak boleh"

"ALAA HYUNGGGGG"

"Sapa suruh kau tak tido? Ha main lah lagi game kuman kau tu, main sampai mampos pon tak pe"

"Kalau dengan noona hyung kasi pulak sampai dengan jisung semua tak kasi semua tak boleh"jisung membebel sorang sorang.

"Eh dah dah dah, kau pergi sekolah sekarang"arah taeil.

"OK BYE-"jisung pergi dari situ.

"Eun naik atas dulu eh"

"Hmm"-taeil.

Sesampainya jieun di atas, dia melihat ke dalam bilik di depan biliknya.

Jeno yang masih tidur dilihatnya.

Sebuah senyuman terukir di bibir jieun apabila melihat seorang manusia yang seperti samoyed itu tidur dengan lena.

"Macam mana lah aku boleh benci kau?"jieun bercakap dengan dirinya sendiri tanpa sedar.

Perlahan lahan jieun menuju ke arah jeno dan duduk di sebelah katilnya sambil menatap muka samoyed tersebut.

Gerakan mengejut yang dibuat jeno mengejutkan jieun dari lamunannya.

"Engg"erang jeno semasa tidur.

"Bukan kau dah janji ke aku yang kau takkan balik lambat dalam keadaan mabuk? Kenapa kau buat jugak?"muka jieun bertukar sedih melihat jeno.

Tiba tiba jeno pusing menghadap jieun membuatkan jieun terkaku sebentar.

(✓)ꜰɪʀꜱᴛ : ʙᴇɢɪɴ [ʟᴇᴇ ᴊᴇɴᴏ]Where stories live. Discover now