18

172 39 6
                                    

"Jen.."nama jeno dipanggil.

Dengan segera jeno menoleh ke arah suara tersebut dan terlihat taeil yang sedang berdiri di belakangnya.

"Ahh hyung, nak apa?"

"Pergi lah tido, dah pukul 3 pagi dah ni"suruh taeil.

"Nanti lah hyung, jeno nak buat ni jap"jawab jeno sambil memandang fail dan laptop di depannya.

"Semenjak kes haritu,hyung tengok kau asyik tido lambat je. Kau tido lambat lepastu pagi nak pergi sekolah, tak penat ke? Malam kau sambung buat ni"

"Tak penat lah hyung. Ha hyung, boleh tak tolong cari sape pemilik nombor telefon ni"

"Ni nombor yang hantar gambar tu kan"

"Ha ah. Hyung tolong eh"jeno meminta sambil senyum ke arah taeil.

"Yelah, hyung tolong. Tapi janji yang kau kena tido"

"Yeee jeno janji. Bagi jeno siapkan ni dulu"jeno masih lagi senyum.

Taeil keluar dari bilikstudy private milik jeno.

"Okay tak dia tu?"tanya taeyong yang hanya melihat dari luar.

"Okay apa? Selagi dia tak jumpa sapa yang buat tu memang tak lah dia tido"

"Biar lah dia, dia tahu apa dia buat"taeyong memandang jeno risau.

"Kes sebelum ni macam mana jeno tahu soobin tu yang buat?"tanya taeil.

"Masatu jaemin ada dekat situ, dia nampak soobin letak ubat apetah dekat air jeno"

"Lah, haritu kan yuta, winwin dengan renjun ada sekali dengan dia masa dekat club tu. Kenapa tak bagitahu je?"-taeil.

"Masalahnya sekarang ni, jieun tu nak dengar ke? Kalau setakat bagitahu, jieun tu takkan percaya. Tu yang jeno beria nak cari bukti"

"Hyung tahu kan jieun tu keras kepala"sambung taeyong lagi.

"Patutlah"kata taeil lalu pergi dari situ bersama taeyong.

...

"Weyh jen,cepat lah nanti lambat kang"kata jaemin kepada jeno yang masih duduk di bar dapur.

"Korang pergi lah, harini aku tak pergi"

"Asal?"

Jeno hanya memandang jaemin yang masih lagi tertanya tanya.

"O-ouhhhh, kalau macam tu aku pergi dulu lah byeeeee"jaemin melambai ke arah jeno dan keluar untuk pergi ke sekolah.

Jeno yang melambaikan tangannya terus berhenti dan mengambil laptop nya yang berada di atas meja lalu pergi ke bilik peribadinya.

Duduk sahaja dirinya di kerusi, kepalanya terus diletakkan di atas meja. Seminit selepas itu, dia kembali bersandar pada kerusi tersebut sambil menghela nafas berat dan menolak rambut kebelakang.

Dia memandang siling sekejap dan memandang semula laptop dan fail fail di depannya.

Tak lama selepas itu, phone miliknya berbunyi menandakan panggilan masuk.

"Ha hyung kenapa?"kata jeno selepas mengangkat panggilan tersebut.

"Hyung dah jumpa sapa yang hantar gambar tu" jawab taeil disebalik terlefon.

(✓)ꜰɪʀꜱᴛ : ʙᴇɢɪɴ [ʟᴇᴇ ᴊᴇɴᴏ]Where stories live. Discover now