12

171 46 7
                                    

Seperti semalam, jieun datang awal ke sekolah tetapi hari ini dia datang awal disebabkan kelas sains nya.

Sepanjang kelas paginya, jieun hanya mendiamkan diri tidak seperti selalu. Selalunya dia akan berborak dengan shaeling ataupon dengan haechan serta renjun tetapi hari ni mereka semua tidak dapat menghadiri kelas itu yang membuatkan jieun keseorangan.

Soobin yang berada di dalam kelas itu sesekali mengambil peluang untuk melihat ke arah jieun yang hanya senyap sejak masuk makmal.

Selesai sahaja kelas sains tersebut, jieun dengan cepat kemas barangnya dan keluar dari makmal tersebut.

"Jieun jieun jieun"panggil soobin berlari ke arah jieun.

"Kau nak gi mana cepat cepat?"tanya soobin apabila dia dapat mengejar dan berjalan di sebelah jieun.

"A-aku kena jumpa saem, tadi saem suruh aku jumpa dia lepas kelas"yang sebenarnya jieun ingin mencari jeno tetapi dia tahu yang soobin tergila gilakan dia, dia terpaksa menipu untuk kebaikan dirinya.

"Ouh kalau macam tu biar aku teman kau lah"

"Tak payahlah,susah kan kau je. Kau masuk lah kelas dulu"senyum jieun.

"Takpe, kau masuk lah bilik guru biar aku tunggu dekat luar"kata soobin sesampainya di depan bilik guru.

Jieun dengan senyuman awkward masuk ke dalam bilik guru.

"Bodo lah kau ni jieun...asal kau cakap saem nak jumpa kauuuuu, sekarang kau nak buat apa dekat bilik ni? Takkan nak tercegat je dekat sini"kata jieun kepada dirinya sendiri.

"Ha jieun, kamu buat apa dekat sini?"tanya irene saem.

"E-eh saem...t-tak buat pape"senyum jieun.

"Ha kalau takde pape boleh tolong tak?"

"Tolong apa?"

"Tolong jumpa pengetua, lepastu cakap yang saem tak boleh masuk meeting kejap lagi"suruh irene saem.

"Bukan saem ade phone ke?"

"Hi hi habis bateri"irene menunjukkan telefon nya yang kehabisan bateri sambil tersenyum.

"Ouhhh..ok"balas jieun.

Daripada masuk dengan tiada tujuan dan kehendak menjadi mempunyai tugas yang perlu dilaksanakan.

Jieun keluar daripada bilik tersebut mengharapkan soobin sudah menghilang, tetapi yang lain pula jadi.

Kawan kawan soobin pula yang bertambah disitu. Yeonjun, taehyun, beomgyu dan kai. Mereka semua ada disitu untuk menemani jieun.

Jieun cuba untuk menghiraukan mereka dengan hanya berjalan tanpa memandang mereka tiba tiba suara yeonjun memanggilnya.

"Eh jieun, asal tak panggil kitorang?"katanya dan makin mendekat.

Jieun sudah merasa tidak selamat dan tidak selesa dengan apa yang soobin buat. Jieun cuba untuk berjalan sahaja tetapi mereka berlima mengikutinya dari belakang.

Makin laju jieun berjalan, makin mendekatlah mereka berlima.

Selepas keluar dari bilik pengetua pon mereka masih mengikutinya.

Semakin laju dia berjalan,semakin mendekat mereka berlima.

"Hyung, tak payahlah ikut dia. Kesian lah sikit, dia tu perempuan mestilah dia rasa tak selesa dengan apa yang hyung buat"kata beomgyu.

"Kau kalau nak ikut, diam. Kalau tak nak, tak payah ikut. Aku tak perlukan kau pon"balas soobin.

Beomgyu terus berhenti dari mengikuti mereka berempat.

"Nanti kau mintak tolong aku jugak"kata beomgyu perlahan.

Jieun meneruskan perjalanannya dan ternampak kawan kawannya tengah berkumpul di depan loker. Dan bertuahnya dia apabila ternampak susuk tubuh jeno berada di sana.

Jieun terus berlari ke arahnya dan terus memeluk jeno.

Soobin dan kawannya begitu juga orang yang bersama jeno tadi terkejut.

Jeno juga terkaku kerana jieun memeluknya secara tiba tiba dan tanpa sebab.

"Siot, nak peluk tu cover lah sikit senyum tu" kata jaemin di dalam hati.

"Nampaknya ada kemajuan ni weyh"bisik jaemin kepada shaeling.

"Ye thoo"

"Kemajuan apa hyung"jisung tiba tiba menyelit.

"Kemajuan untuk kau tido awal"balas jaemin.

"Halah hyung,mentang mentang jisung selalu tido lambatttttt DIORANG PELUK KE TU"

"Diam lah bego"pukulan istimewa dari chenle buat jisung.

"Jieun, jom masuk kelas" dia menarik bahu jieun cuba untuk melepaskan jieun daripada jeno. Soobin hanya tinggal keseorangan kerana membernya dipaksa oleh saem untuk masuk ke kelas.

Pemilik tubuh hanya menggelengkan kepalanya.

"Jom lah, kau takde apa apa kan dengan dia. Lepaskan lah dia"soobin cuba untuk menarik jieun lagi.

"Biarlah jieun nak peluk jeno, dia pon takde apa apa dekat kau so tak payah nak arah dia sangat"hyunjin bersuara.

"Huh, my boyfriend..."shaeling berdramatik di situ.

"Suka hati aku lah, hidup aku buka hidup kau"balas soobin.

"Ha sama lah. Hidup jieun bukan hidup kau"shae pula bercakap.

"Korang memang takde kerja lain ke? Tak habis habis nak kacau hidup aku dengan jieun?"

"Ehhh, hidup kau dengan jieun? Aku rasa lebih sesuai hidup jeno dengan jieun. Korang berdua hanya sekadar 'kawan' tak lebih. Kau tak payah nak berharap sangat, jieun tak pernah suka dekat kau pon"jaemin menyelit.

"Aku? Kawan? Aku rasa sekarang ni jeno tu yang hanya sekadar kawan dengan jieun. Dia sendiri yang sahkan dia dengan jeno tu just KAWAN"

"Mana dia tahu? Bukan haritu aku dengan jeno je ke? Aku dah agak mesti ada seseorang dekat sana sekali" jieun yang masih memeluk jeno berkata dalam hati.

"Dah ah, buang masa aku je layan korang. Aku nak ingatkan lagi sekali, jeno tu kawan je dengan jieun, tak lebih. Jom jieun"soobin menarik lengan jieun untuk pergi namun jieun sedaya upaya untuk tidak bergerak.

Jeno yang melihat hanya bersabar dengan soobin yang sekarang telah melebihi had.

"JOM JIEUN"soobin menarik lengan jieun dengan lebih kuat yang membuatkan tangan jieun kesakitan.

Jeno mula kehilangan kesabaran dan mengambil pensel case milik jisung yang keras dan membalingnya tepat ke kepala soobin dan itu membuatkannya melepaskan tangan jieun.

Jeno terus memegang tangan jieun yang ditarik oleh soobin untuk menghilangkan kesakitan.

"Kau nak suka dia boleh, tapi jangan melebihi had. Dia tak cakap pon yang dia suka kau so kau tak payah lah nak layan dia macam dia gf kau. Dia tak suka"kata jeno tanpa memandang soobin.

"Kau pon sama je dengan aku. Dulu kau pon over limit, takkan kau tak sedar kot"balas soobin.

Jeno terdiam dan terus melepaskan jieun daripada pegangannya.

"Kau ingat sini, akan ada masanya aku balas balik semuaaa bende kau buat dekat aku. Walaupon kau hidup dengan perempuan lain, aku tetap akan hancurkan hubungan kau macam mana kau hancurkan hubungan aku. Semua yang terjadi dulu masih segar dalam ingatan aku. Aku akan buatkan kau melutut dekat aku merayu memohon maaf"bisik jeno ke telinga soobin.

"Kau ingat aku takut ke? Silap haribulan, kau yang akan jatuh tersungkur depan aku" balas soobin dan pergi masuk ke dalam kelas.

(✓)ꜰɪʀꜱᴛ : ʙᴇɢɪɴ [ʟᴇᴇ ᴊᴇɴᴏ]Where stories live. Discover now