9

278 53 1
                                    

"Jaera! Aku balik dulu." Yerin melambai tinggi kearahnya. Jaera juga melakukan yang sama.

Yerin mengambil jalan sebelah kiri manakala dia mengambil jalan sebelah kanan untuk ke rumah keluarganya.

Kaki menapak ke perhentian bas sementara tangan sibuk mencari telefonnya yang berada di dalam beg.

"Ish mana pul... Adoi!" Terkejut Jaera saat kepalanya berlabuh di sesuatu yang keras.

Kepala diangkat perlahan- lahan apabila merasakan keadaan dia sekarang ini terlalu 'mengerikan'. Entah dada milik siapa yang dia sedang labuhkan ini.

"Awak?" Membulat mata Jaera tidak percaya melihat wajah tidak bersahaja lelaki itu.

Jaemin kemam bibirnya. Bukan main suka dia dalam diam apabila tubuhnya dan Jaera saling merapat begitu.

"Apa yang awak cari dalam beg?" Soal Jaemin apabila dari tadi dia perasan Jaera mencari sesuatu di dalam begnya.

"Telefon saya." Tangan menyeluk kedalam beg dan dengan mudah telefonnya mudah dicapai.

"Mesti awak nak balas DM saya kan. Guna ni..." Jaemin menyerahkan telefonnya.

"Masukkan terus dalam telefon saya."

Laju terus tangan Jaera mencapai telefon lelaki itu lalu disimpan nombor telefonnya di dalamnya.

"Terima kasih." Jaemin senyum membalas saat nombor telefon milik Jaera sudah berada dalam simpanannya.

Selepas ini, bolehlah dia menghubungi gadis itu dengan mudah.

[COMPLETED] SOULMATE 소울 메이트 (JAEMIN NCT)Where stories live. Discover now