24

208 41 1
                                    

Jaera tidak melepaskan tangan Jaemin langsung sejak tadi. Bibirnya mencemik sejak diberitahu yang Jaemin bakal kerja ke luar negeri.

"Saya pergi sekejap je." Tutur Jaemin memujuk. Tahu sangat Jaera berjauh hati dengan dia sebab pada tahun ini mereka tidak dapat menyambut hari lahir Jaera bersama.

"Berapa lama?" Mendongak, anak mata Jaemin dipandang.

"Dua minggu." Bahu yang sedia kendur tadi makin mengendur jatuh.

"Tak boleh ke minta dekat boss yang awak tak pergi sekali."

Tersengih jaemin. Tangan naik melekap pada pipi gadis itu.

"Saya orang kanan boss. Saya mesti kena ada dengan dia. Kalau tidak tak jalanlah projek ni nanti."

"Hmmm okay." Jaera mengeluh pasrah.

"Jaemin...." Tiba- tiba namanya dipanggil dari dalam rumah. Jaemin menoleh memandang ke pintu. Dia terus bangun mendekati omma Jaera.

"Apa ni aunty?"

"Aunty ada bungkuskan sedikit makanan tu. Nanti boleh makan dengan kawan- kawan dah sampai hotel."

Tersenyum jaemin dengan kebaikan keluarga Jaera. Sejak hubungan mereka diketahui orang tua Jaera, dirinya dilayan sungguh baik.

"Terima kasih aunty." Jaemin mengucap ikhlas.

Baru sahaja dia ingin memusing, langkahnya terhenti.

"Kenapa?" Soal omma Jaera yang masih berdiri dihadapannya.

"Tolong tengokkan jaera. Saya mungkin akan balik awal sebelum birthday dia."

"Jae nak rancang sesuatu ke?"

Jaemin mengiyakan kata- kata wanita itu. Ada sesuatu yang ingin dia lakukan pulang sahaja dari Daegu.


Eh apa tu rancangan Jaemin. Cer teka🤔

Jangan lupa vote and comment❤

[COMPLETED] SOULMATE 소울 메이트 (JAEMIN NCT)Where stories live. Discover now