41

199 42 0
                                    

Seminggu sudah Jaemin berada Shanghai. Jaera terpaksa membatalkan hasratnya untuk mengikut suaminya memandang ada kerja yang perlu di selesaikan.

Tetapi semuanya sudah selesai. Dia juga sudah menghantar surat berhenti kerja dengan dua alasan.

Pertama, dia mahu tinggal bersama suaminya.

Kedua....

Mata tunduk memandang perutnya yang kempis. Tangan mengusap di situ.

Ya, dia mengandung. Sungguh dia tidak sangka dikhabarkan berita gembira ini beberapa hari lepas setelah merasakan tidak sihat.

"Jae, dah siap kemas?"

Jaera memandang omma yang masuk kedalam biliknya.

"Dah omma." Kepalanya mengangguk. Zip bagasinya ditutup rapat dan diletakkan di sudut bilik.

"Nanti jaemin jemput dekat airport ke?"

"Tak, dia ada meeting waktu jae sampai sana. Tapi Jaemin dah minta orang ambilkan."

Omma mengangguk mengerti.

"Jomlah, turun makan. Omma dah masak."

"Okay omma turun dulu, nanti Jae turun."

Keluar sahaja omma dari bilik, jaera terus menangkap gambar bagasinya yang sudah siap dikemas. Lalu, gambar itu dihantar kepada Jaemin.

[COMPLETED] SOULMATE 소울 메이트 (JAEMIN NCT)Kde žijí příběhy. Začni objevovat