26

206 44 1
                                    

Tanpa disangka mereka pulang ke Seoul lebih awal dijangka. Apabila dapat panggilan dari kawan sepasukannya, Jaehyun terus meminta untuk mempercepatkan kerja disini. Jaemin dan Jaehyun pulang awal ke Seoul sementara beberapa pekerja Jaehyun ditinggalkan di Daegu untuk menyelesaikan kerja disitu.

Jaemin memandang seseorang dari dalam kereta. Dadanya usah dicakap, berdegup dengan kencang betul. Sudahlah dia terpaksa melakukan ini buat pertama kalinya atas arahan Jaehyun.

"Jae, kau dah nampak dia?"

"Dah tuan. Saya rasa Taeyong kena tinggalkan girlfriend dia dekat situ. Dia nampak tergesa- gesa."

"Bagus. Kau perhatikan girlfriend dia."

"Baik tuan."

Panggilan ditamatkan. Seperti yang diagak, Taeyong meninggalkan Nara disitu sendirian. Keluar dari kereta, Jaemin mulakan lakonan yang seperti dirancang. Topi di kepala dibetulkan. Berjalan mendekati Nara secara senyap, terus pergelangan tangan itu dicapai.

Nara nampak terkedu dengan aksinya.

"Kenapa ya? Boleh tolong lepaskan tangan saya?" Soalnya takut- takut.

"Kang Nara?"

Nara mengangguk mendengarkan namanya. Terus pegangannya dilepaskan.

"Nasib tak salah orang. Taeyong minta saya cari awak. Ada barang yang dia nak bagi. Boleh ikut saya ke kereta sekejap? Barang ada dalam sana."

Melihat anggukan Nara, Jaemin menarik nafas lega. Senang kerjanya apabila Nara menurut kerjasama.

Jalan mendekati kereta, Jaemin membongkok seperti mengambil sesuatu di ruangan belakang. Tanpa Nara sedar, dia sebenarnya sedang perangkap gadis itu. Cecair yang diletakkan diatas sapu tangan disorokkan di belakang badannya.

Baru sahaja gadis itu mahu menoleh kearahnya, mulutnya terus ditekup dengan segera. Tanpa berlengah terus Jaemin tarik gadis itu masuk kedalam kereta.

Pandang di sekitarnya, mujur tidak ramai orang disitu. Risau Jaemin kalau aksinya ditangkap orang ramai. Merisaukan lagi kalau dia terserempak dengan Jaera.

Masuk dalam kereta, nombor telefon Jaemin didail.

"Tuan, saya dah dapatkan dia."

Korang ingat lagi tak kisah Jaehyun.

Yang belum baca boleh pergi baca Mafia.

[COMPLETED] SOULMATE 소울 메이트 (JAEMIN NCT)Where stories live. Discover now