15

238 42 1
                                    

Kemas segala peralatan menulis dan buku, Jaera masukkan kedalam beg.

"Jae, jom makan dekat bandar." Ajak Yerin yang masih menunggu Jaera mengemas barangnya.

Jaera memandang Yerin. "Ala Yerin, aku sebenarnya..."

Yerin mencebik bibir. Tahu sangat Jaera mahu mengelak lagi.

"Kau mesti nak jumpa Jaemin kan?"

Jaera sembunyi senyum dengan matanya sepet.

"Sampai hati kau tak beritahu aku tentang hubungan kau." Yerin bersilang tangan memeluk tubuh. Wajah ditayangkan tidak berpuasa.

"Yerin, aku..."

"Siapalah aku ni..."

"Yerin..." Tangan Yerin dicapai lalu digenggamnya. Wajah kawannya dipandang. "Aku bukan tak nak beritahu kau tapi aku m- malu." Ujar Jaera.

"Sejak bila kau dengan dia dah declare ni? Aku ingat korang baru nak berkenalan."

"Eh belum. Kita orang belum declare apa- apa pun lagi." Pantas Jaera menjawab tentang hubungan mereka.

"Pastikan aku orang pertama tahu kau dengan dia dah bercinta tau." Sempat Yerin membuat janji sebelum dia berura- ura ingin keluar dari kelas.

"Bye Yerin. Esok aku belanja kau steamboat."


Hi everyone! Terima kasih yg masih menunggu😘

Enjoy reading okiess, jgn lupa spam like and comment❤

[COMPLETED] SOULMATE 소울 메이트 (JAEMIN NCT)Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ