20

244 44 3
                                    

Yerin melangkah masuk ke sebuah restoren yang diberitahu Jaera beberapa jam yang lepas. Mata melilau mencari sepasang pasangan yang menunggunya sejak tadi. Melihat Jaera melambai kearah, dia menapak menghampiri pasangan itu yang duduk di sudut restoren.

"Sorry lambat." Tarik kerusi lalu dilabuhkan duduknya.

"Tak apa." Jaemin terlebih dahulu membalas dengan senyuman dibibir.

Jaera memandang kearah Yerin yang ikut membalas senyuman Jaemin. Tiba- tiba hati panas.

Berdecit Yerin melihat wajah cemberut Jaera yang terpamer. Nampak sangat cemburu. Tidak semena- mena dia dapat jelingan tajam dari kawannya.

"Jom order." Jaemin terus memanggil pelayan untuk membuat pesanan makanan. Hari ini dia terlebih baik untuk belanja Jaera dan Yerin. Tujuannya juga mengajak Yerin sekali ke sini untuk mengenali gadis yang berkawan dengan kekasihnya.

Sambil menikmati makanan yang dipesan disebuah restoren Jepun, Yerin banyak membuka cerita tentang Jaera. Mulutnya tidak habis menceritakan tentang diri kawannya.

"Mana ada aku reject orang." Mencebik bibir Jaera mendengar isi bualan mereka. yerin sengaja nak memalukan dia dihadapan Jaemin.

"Kau pernah reject orang sebab aku?" Jaemin menoleh memandangnya.

"Err-..."

"Ya, dia pernah re-..."

"yerin kau ni." Bidas Jaera geram. Sengaja betul Yerin membuka cerita itu. Tahulah dia mahu balas dendam nanti macam mana.

"Betul ke?" Jaemin menyoal inginkan kepastian.

Jatuhkan kepala sekali, jaera mengiyakan.

Terpamer lorekan senyuman di wajah kacak jaemin mendengarnya. Hatinya berbunga- bunga mendengarkannya. Tidak dinafikan sejak dulu lagi mereka telah berkongsi perasaan yang sama.

"kenapa tak pernah beritahu aku tentang perasaan kau?"

"Err saya-..."

"Jaera malu nak beritahu sebab kau susah untuk di dapatkan." Yerin menjawab bagi pihak Jaera. Tersengih dia memandang Jaera dengan wajah yang geram. Seperti berdendam gamaknya terhadapnya.



Okayy cukup tak tu? Ke nak lagii..

[COMPLETED] SOULMATE 소울 메이트 (JAEMIN NCT)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang