17

238 46 5
                                    

Mereka berjalan beriringan menuju ke padang universiti. Entah apa yang menghasut Jaera untuk seberani ini. Sedangkan nanti di padang ramai kawan Jaemin.

Statik. Jaera mematikan langkah.

Jaemin menoleh apabila perasan Jaera yang berhenti secara tiba- tiba.

"Kenapa?"

Jaera pandang wajah itu. "Awak tak kisah ke kalau kawan awak tahu tentang saya?"

Berkerut dahi Jaemin mendengarnya.

"Apa maksud kau?"

"Tentang kita ni. Lagipun awak kan po..."

Jaemin berdiri berhadapan Jaera. Tangannya naik memegang kedua belah bahu gadis itu.

"Aku nak kenalkan kau pada kawan- kawan aku." Diam, mata merenung dalam anak mata Jaera.

"Sebagai kekasih." Sambungnya lagi.

Mendongak, Jaera memandang tidak percaya.

"Tapi kita belum..."

"Secara rasmi harini kau kekasih aku, Jaera."



(´ ▽`).。o♡

[COMPLETED] SOULMATE 소울 메이트 (JAEMIN NCT)Where stories live. Discover now