1

1.6K 123 71
                                    


"I just wanna know what is love?"

-

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

-

"Qhal, dia dah datang. Cepat cepat nanti ramai orang serbu dia sebelum kita!"

Gadis yang sedang sibuk menelan roti 60 sen perisa vanilla itu mengeluh penat. Nasib tak tersedak. Eh kau tau tak sekarang patutnya waktu untuk aku lunch? Dah kenapa aku kena jadi macam pelarian pulak ni? Nampak tak muka ni muka tahan lapar tak makan sejak pukul 7 pagi tadi?
"Aduh kim. Aku baru makan setengah roti aku! Kejaplah tunggu aku habiskan dulu . Aku lapar tunggu je nak mampus starving."

"Tak boleh. Kalau kau nak makan lepas kita interview dia. Tak sampai 10 minit pun Qhal. Ha lepastu kau nak makan sebaldi burger mcd ke sepapan ayam kfc ke aku dah tak kisah. Sekarang ni, sebelum kau dan aku kena pelangkung oleh cik maria, baik kita lari sekarang. Now!" Tanpa menunggu taniya qhalisya , laju jejaka itu membuka pintu kereta lalu keluar sambil memegang camera .

Eeee mamat ni?  Dah macam buffalow larikan diri dari cheetah je gaya cuaknya!

Taniya Qhalisya menggulingkan mata tanda betul betul annoying. Bukan annoying dengan hakim tetapi annoying pada orang yang dia perlu interview kerana manusia itu sampai semasa waktu mereka sepatutnya lunch. Ehyai. Tahulah busy. Tapi aku pun busy jugak nak makan.

Sokay taniya. Jangan mengeluh. Kau mengalah bab makanan kalini kerana kes ini penting untuk team . Okay calm down and keep smiling. Terus bibirnya menarik senyuman melihat pantulan diri sendiri pada cermin pandang belakang kereta Honda City milik hakim.
"Yes senyum taniya. Tengok, tak ke cantik muka anda bila senyum dan tak stres? Buat apa nak stres kan? Live happily jela kan?" Uish taniya, kau punya senyuman, dah boleh jadi muka iklan sensodyne.  Walaupun tak lawa janji self konpiden tinggi.

Pang!

"Kau apahal tersenyum senyum dalam ni? Gila? Lembab . Keluar cepat nanti kita lambat jumpa dia!"

Kebelakang badan taniya terkejut dengan kemunculan hakim yang membuka pintu kereta secara tiba dengan muka berkerut menahan terik cahaya matahari. Terkebil kebil taniya memandang hakim sebelum otaknya mampu memproses maklumat. Dia laju turun dari kereta . Lajulah geng. Tak nak si hakim tu bad mood pulak. Kalau bad mood simpan seorang tak apa. Ini kalau bad mood satu malaysia terkena tempias.

Tak sempat dah dia ingin lihat penampilan dirinya , kemas ke tak, baju komot ke tak, tali leher senget ke tak, rambut nice ke tak, ada krim roti 60sen tak pada mukanya. Yang penting dia sedang terkedek kedek mengikut langkah kaki panjang hakim sambil memegang mikrofon.
"Woi tunggulah tiang! Kecik kecik makan kereta fast and furious ke apa?!" Tapi sayang jeritan batin macam bunyi nyamuk taniya lambat lagilah nak didengari oleh hakim.

"Mana dia? " tanya taniya dengan nafas yang dah mengah. Dahlah panas. Kena main lari lari pulak. Ini dejavu masa  merentas desa masa sekolah ke apa? Cis kenangan yang sangat tak indah.

Mata hakim memandang kiri kanan sebelum dia mendecit tak puas hati apabila matanya menangkap sekumpulan manusia sedang memegang kamera dan mikrofon .
"Kita terlambat. Tak boleh jadi ni. Kita kena tunggu semua orang pergi baru kita boleh interview dia lama sikit. Jom qhal!" Sekali langkah kaki dibuka ingin berlari ke arah lokasi sekumpulan manusia.

DIA Encik Polis Emotionless Where stories live. Discover now