15

437 69 57
                                    

"You're hurting but you're worth it. "

-

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

-

"Pagar warna apa tadi?"

"Brown."

"Okay. Oh ya . Warna rumah warna apa tadi?"

Nafas ditarik sebelum dihembus perlahan menahan diri yang tenang daripada timbul sifat geram. Walaupun soalan ini rasanya si gadis itu dah bertanya sebanyak 3 kali , tetapi dia gagahkan diri jua untuk menjawab soalan berghulang itu dengan tenang.
"Warna putih, cik taniya."

Oupss. Daripada nada suara di hujung sana, macam ada unsur nak marah. Hmm. Maaplah buat awak rimas . Tapi otak saya ni memang kuat pelupa huhu. Lagi lagi part nak cari rumah orang. Sebabtu saya jarang pergi open house sebab otak saya tak open luas mana untuk mencari rumah yang betul melainkan ada kawan temankan.

Kereta nya dipandu lurus mengikut arah jalan yang awal awal rafael arman sudah beritahu. Katanya rumah jejaka ini berada di hujung lorong . Warna putih, pagar warna coklat . Tapi ngapain? Aku tidak melihat apa apa rumah yang pagarnya cokelat? Semuanya putih hitam sahaja.

Matanya ligat memandang kiri kanan atas bawah persekitaran dengan kening berkerut halus mencari rumah yang sama dengan apa yang rafael describe , nasib baik tak terlanggar pokok . Aku dah sesat ke ni ? Tapi rasanya aku masuk lorong yang betul. Yeye je betul. Eh kalau aku sesat pun, bukan salah aku. Salah arkitek taman ni lah. Apahal buat taman luas nau. Saja taknak bagi orang datang rumah kawasan ni sebab akan sesat ke macam mana?

"Sesat ke?"

Taniya Qhalisya mengerling telefon pintar yang diletakkan di seat sebelah. Eish dia ni. Tahu tahu je setiap apa yang aku alami. Tapi takkan aku nak kata aku tersesat pula lepas tanya berulang kali maklumat tentang rumah dia sampai dia pun hampir naik muak menjawabnya? Eh hancurlah imej aku macam tu. Habis macho aku. Nanti dicop otak terpaling udang pulak. Eh tak boleh jadi tak boleh.
"Err nak..nak dekat sampai dah." Jawabnya tak kuat mana asalkan Rafael arman mampu dengar.

Inilah orang kata acah pandai. Malu bertanya , sesat jalan. Tapi masalahnya banyak kali dah saya bertanya, tapi tetap sesat.

Nak dekat sampai konon. Padahal kita tengah tak tahu kita sekarang dekat ke jauh dengan lokasi.

"As what I said, lepas dah belok di simpang tadi, you should go straight till the end of the road, dan rumah aku ada di situ. Rumah warna putih, pagar warna brown, rumah dekat dengan playground. "

Argh! taniya hampir nak menangis penuh kesedihan dibuatnya . Bukan. Bukan sebab kerana dia tengah struggle mencari rumah Rafael arman. Tapi sebab sekali lagi untuk kali entah ke berapa , jejaka itu terpaksa membuka mulut membazirkan air liur lagi dan lagi menjelaskan secara terperinci tentang di mana terletaknya kediaman polis itu. Ya allah serba salah nya rasa hati ini. Eish taniya tolonglah jangan sia siakan air liur inspektor pendiam tu yang dah beria explain panjang lebor . Please gunakan akal kau sekarang.

DIA Encik Polis Emotionless Where stories live. Discover now