19

600 78 254
                                    

"The world will hear the sound of my pounding heart."

-

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

-

"Per...perlu ke naik?"

Walaupun yang bersuara itu bagai gemersik kalbu mengalahkan suara semut , tetapi telinganya tetap mampu mendengar. Kepalanya dipalingkan menghadap wajah taniya qhalisya.
"Yep."

Air liur ditelan dengan perasaan 'eh jangan lah main main, saya tak suka orang main mainkan perasaan saya apatah lagi mentaliti saya'. Matanya terkebil kebil melihat batu putih yang bagai bergunung di depannya. Macam mana pulak lah aku nak panjat sampai atas tu! Buatnya aku jatuh lepastu kepala terhentak batu, nanti mesti lupa ingatan. Lupa ingatan pasal cik maria takpe lagi. Macam mana kalau aku tak ingat siapa rafael? Aduh.... melepas aku nak kahwin nanti.
"Err tak... tak ada jalan lain ke? Yang lebih kurang berbahaya? Kita.. nak tengok apa je dekat atas tu? Rafael, awak tak rasa ke batu tu berbahaya? Batu tu mungkin licin kan ?" Berbagai jenis soalan penakut diberikan pada rafael oleh seorang penakut sejati yang single.

Rafael arman yang sudah sampai di Bukit Batu Putih tempat para pengunjung mendaki untuk melihat permandangan teluk Melaka daripada atas , memberikan senyuman kecil pada taniya. Tangannya sudah menyentuh batu tanda bersedia untuk berjalan naik.
" Trust me, you will love it. Come on, I will help you. Tak tinggi sangat ."

I will love it? How can I love it when I already love you ha? Tell me lah! Hayooooo. This man doesn't understand my precious heart. Hmmm dahlah penakut mengalahkan anak buah sendiri , sempat pula nak berdrama cintan. Ikutkan diri yang cengeng , memang tak nak lah dia nak panjat benda alah tu. Tapi bila dilihatkan ekspressi muka rafael arman yang teruja takkanlah dia nak mengecewakan polis itu. Muka dia kiyut sangat! >●<.

Okehlah demimu rafael , akan ku teruskan niat ku untuk pergi dari sini k tak, akan ku ikutkan niatmu untukku panjat jua. Tetapi satu sahaja aku ingin katakan. Sesungguhnya haruslah dikau mampu melihat sekarang malah merenung , atau menghendap sekalipun, betapa tingginya kasih sayang ku padamu untuk menjaga hatimu daripada keciwa menonggeng hingga sanggup membahayakan nyawa diri sendiri. Dapatkah kamu melihat cinta ini? *naikkan mini heart. (♡~♡)

Cis! Gaya ayat macam novel pelajaran budak sekolah menengah. Makin geli geliman pula pemikiran dalaman seorang taniya qhalisya ni.

Dengan muka cuba diberanikan, terus kakinya melangkah ke depan sehingga batu untuk melangkah betul betul ada depan mata. Dia menelan air liur memandang atas dan ternyata rafael arman yang sudah mula berjalan ke hadapan masih sedang melihat ke arahnya dengan senyuman dan kepala terangguk angguk 'you ken do dis you ken do dis kemon kemon bara bara bara bere bere bere' .

Dengan lafaz bismillah, dan tak lupa juga satu keluhan kelepuan, dengan terpaksa rela lah dia berhati hati menyentuh batu di sekelilingnya seiring matanya melihat laluan yang perlu dia pijak. Bismillah janganlah batu ni licin, bismillah jangan jatuh jangan jatuh taniya. Kau kata kau nak kahwin sebelum mampus. Jangan jatuh taniya.

Langkah pertama, k tak ada sesiapa jatuh lagi.

Langkah kedua, k tak ada siapa terhentak batu lagi.

DIA Encik Polis Emotionless Where stories live. Discover now