25

673 56 132
                                    

"She's my sunshine in the rain, she's exactly what I need."

-

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

-

"NAMPAK okay ke awak?"

Rafael arman mengalihkan fokus mata kepada taniya qhalisya yang sedang berjalan di sebelah nya sambil melihat lihat sekeliling dengan muka cuak.
"Great. Okay je." Jujur habis dia menjawab. Dah memang okay sahaja dia tengok. Taniya qhalisya pakai apapun okay sahaja. Tak adalah pulak dari elok elok manusia tiba tiba bertukar jadi kuda bila pakai baju tu.

"Tapi.... kenapa orang pandang pandang saya. Ermm saya malulah."

Mendengar bicara taniya membuatkan kepala dia turut diangkat melihat sekeliling.  Adalah dua tiga pakcik makcik bawang merah memandang mandang ke arah mereka. Ergh. Aku salah pilih baju ke? Apa salah ke pakai baju kuning neon? Mereka ni racist warna ke? Ghisau.

Aduh raf. Sebabkan kau salah pilih warna baju , cik taniya yang terpaksa tanggung malu. Rafael arman berhentikan langkah sebelum beg yang taniya gunakan untuk menutup muka dia tolak ke bawah.
"Look. Aku minta maaf sebab beli baju ni,  aku nak cepat tadi. Memang salah aku pun. Apa kata kita pergi kedai? Beli baju lain?"  Wajah serba salah dia tayang .

Difikirnya cik taniya akan terus bersetuju tapi tiba tiba digeleng pula.
"Tak payahlah. Buat apa beli yang baru? Saya okaylah. Cantik apa baju ni. Saya yang patut minta maaf sebab menyusahkan awak. Biar saya bayar balik duit awak."

Pulak dah. Tadi kata lain. Sekarang kata lain. Inilah kaum perempuan. Apapun , rasa agak terharu juga dirinya apabila taniya qhalisya sanggup merelakan diri memakai baju itu semata tak mahu membuat nya kecil hati. Terus dia menarik senyuman kecil.
"Eh tak apa. Kau temankan aku harini pun dah cukup okay. It's okay.  Simpan duit kau. Aku ikhlas ."

Langkah kakinya dia teruskan melihat sekitar shopping mall. Pening nak pergi kedai mana. Tak tahu nak beli apa. Macam manalah kaum perempuan boleh jalan jalan tanpa henti dekat sini. Aku yang baru masuk mula dah rasa pening pening nak balik rumah. Homesick DETECTED.
"So, awak nak beli apa untuk adik awak?"

Hmmm. Dia berfikir sejenak kepada soalan taniya qhalisya sebelum menggeleng kepala dengan muka blur. Ideanya kosong dan entah kenapa imej roti canai kosong pula masuk ke dalam minda. Eh rafael, fokus.
"Erm... aku tak tahu nak belikan apa. Memandangkan raina dah masuk alam remaja, jadi aku rasa dah tak boleh nak belikan dia mainan kegemaran dia. Aku tak tahu apa perempuan suka. Rantai? Cincin? Baju?" Apa lagi perempuan suka ?

Takkan perempuan suka aku ?  Well.

Eh tak ni  bukan masanya untuk promote diri sendiri rafael arman.

"Rafael, " panggilan lembut daripada suara taniya berjaya membuat dia berhenti serta merta lalu kening dia naikkan menatap gadis di sebelah.

"Apapun barang yang awak beli, saya rasa mesti dia tak kisah. Yang penting awak berinya dengan kasih sayang. Itu yang penting. Kan?"

DIA Encik Polis Emotionless Where stories live. Discover now