23

467 73 202
                                    

"How could you be so reckless to someone's heart?"

-

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.
(Lebih indah baca chap ni sambil dengar lagu sedih. Recommend: reckless kak madison beer, traitor : kak olivia. Atau apa apa yang sedih;(  )
.

.

.

.

.

-

"Masuk cepat!"

Matanya menjeling tajam lelaki besar yang baru sedap sedap menolak badannya memaksa dia melangkah masuk ke dalam sebuah rumah kayu. Ek elemak si gemok ni ! Aku tahulah nak masuk sendiri. Duk tolak tolak aku macam aku ni kerbau pulak. Eh kerbau pun tak patut diperlakukan sedemikian sebegini sebegitu tau.  Halamak. Nasib je dia ni gemok. Kalau tak, lama dah aku retakkan tulang tu.

"Apa jeling jeling?!  Kau nak kawan kau mati?!"  Lelaki berbadan besar bersinglet hitam yang enak dingumpat dalam hati tadi terus menghalakan senapang panjang ke arah kepala Hakimmizie yang terus buat muka 'ya allah aku minta ampun kerana selalu headshot orang dalam game, tapi aku taknak mati gara gara kena headshot in real life'.

Ergh. Taniya qhalisya mengangkat dua belah tangan tanda mengalah bersama muka menyampah.
"Okay fine. Kau jangan apa apakan dia." Hish mulut aku ni tahan sahaja nak meludah pada muka si mok ni yang dah tersenyum puas hati penuh kejahatan tu. Takpelah. Terpaksa bagi si mok ni menang dulu. Aku taknak hakim di apa apakan. Tu kedua penting. yang paling penting, sakit mata aku tengok bulu ketiak dia argh. Dah tahu ketiak dia macam tu, dah kenapa pakai singlet?  Nak tunjuk apa je ? Bulu ketiak jeke asset dia ada? Otot? tiada hm. Astagfirullah no bodyshaming taniya . Aip.

"Ni siapa pulak ni?!"

Ternaik bahu taniya , hakim, malah si lelaki tadi dek suara kuat yang tiba tiba muncul di depan mereka. Taniya qhalisya mengurut dada memerhatikan wajah bengis yang berparut dari tepi mata kiri hingga atas kening kiri yang turut memandangnya.  Aiyooo anak siapa yang berparut muka ni? Beroken ke? Aku fikirkan orang beroken selalu toreh tangan tapi kenapa pakcik ni toreh kening? New style ke? By the way , memang tak boleh bagi salam dulu ke? Kenapa eh kena menyampuk bersama nada cari gaduh? Akhlakmu dimana?

"Kami jumpa diorang ni dekat pantai sana. Diorang dah ceroboh masuk tempat kita bos! " 

Muka bengis itu lambat lagi nak bertukar tenang setelah mendengar khabar  berita yang baru diberitahu oleh anak buahnya. Maka, makin bengis dan berkerut lah wajah itu merenung tajam muka hakim dan taniya yang dah telan air liur.
"Kau.... berdua ceroboh tempat aku!? Tak guna! " terus pistol di belakang poket dikeluarkan lalu dihalakan ke arah taniya dan Hakim. 

"Baik beritahu siapa yang hantar kau berdua?! Cakap! Kalau tak, dekat sini lah tempat terakhir yang kau orang akan hidup! "

Aaaaaaa. Hakimmizie memejam mata takut ingin melihat pistol yang diacukan padanya. Jangan macam tu bang. Saya... saya dah plan baik baik nak honeymoon dekat mana. Nak tema wedding warna apa. Bagilah saya can hidup. Jodoh saya pun tak tahu rupa macam mana lagi. Terketar ketar kakinya mencuba menghalau rasa gentar dalam diri. Woi siapa je tak takut kalau kena ugut  bunuh?

DIA Encik Polis Emotionless Where stories live. Discover now