10

500 74 41
                                    

"You know I just can't stop it when my heart skyrockets for you."

-

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

-

Zupp!

Sepantas angin yang berlalu,  matanya turun ke bawah tak mahu bersatu dengan mata mana mana manusia lagi. Dengan muka yang masih panas dan dengan perasaan nak campak diri sendiri dalam lombong yang masih belum surut, dia menarik kerusi nya yang ke belakang tadi . Terus dia duduk sambil menjadikan tapak tangan kiri alat menutup muka daripada dilihat manusia manusia yang rasa macam tengah membahannya.

Haih sebab ni lah aku rasa tak sedap hati nak makan dekat sini! Bala bala. Yang kau pun satu melatah nak bagi satu malaysia dengar kenapa? Melatah biar kita kita jela yang tahu ergh! Kadang kadang rasa macam nak tukar badan dengan hakim. Walaupun perangai macam kambing liar, sekurangnya hakim tak lakukan benda memalukan depan khalayak ramai.

"Qhal.... kau ... okay... tak?" Tersekat sekat suara hakim perlahan bertanya pada taniya memandangkan jikalau dia yang duduk sebelah taniya pun dah malu gila apatah lagi taniya qhalisya sendiri. Matanya mengerling muka taniya yang berkerut . Eh minah ni nak nangis ke? Aduh aku dahlah tak bawak tisu. Hmm terpaksalah korbankan baju baru aku ni untuk minah ni hembus hingus kejap lagi haih.

Kepala diangguk laju walau sebenarnya dia berusaha menahan tangan daripada menggengam penumbuk takut tertumbuk diri sendiri.  Weh serius, takkanlah aku boleh okay saat ni? Aku baru malukan diri sendiri kot. Tapi sebab dia taknak sesiapa pun lagi ungkit hal tadi, dia hanya diam. Benda dah lepas tak payahlah ungkit halamak. Biasalah tu termelatah selamat Hari jadi secara tiba pada orang. Halamak. K husnuzon start.
"Okay. Kau makan cepat. " makan cepat cepat supaya kita boleh berambus dari sini! Lantaklah sama rakam footage. Maruah member kau lagi penting ni hakim! Ergh.

Hakimmizie pula terus mengangguk faham dengan arahan tegas taniya.  Daripada suara taniya, memang nampak sangat partner kerjanya ni tengah mengalami emosi tak stabil wanita. Okay kalini kita tak boleh main main. Dia kena makan cepat cepat kalau tak nak naikkan kemarahan member sebelah ni lepastu automatik dia kena hangkut pergi jumpa pendekar hanger. Argh seram.

Sudu besi digenggam erat dan kalau sudu itu bukanlah sudu logam, mesti dah terpatah dua. Nasi disuap ke dalam mulut tetapi minda taniya qhalisya sudah menerawang ke tempat lain. Lauk entah dicedok ke tak . Lantaklah. Sekarang ni,  panic attack bila bila masa je boleh berlaku. Bila teringatkan kembali saat matanya bertembung dengan mata musang itu sudah mampu buat saraf otak taniya berpusing. Haduh...... kenapa dia kena ada dekat situ? Sekarang ni dia agaknya dekat mana eh? Dah blah dari dewan makan ni ke?

Kalau begitu Alhamdulillah lah. Aku memang tak sanggup nak hadap satu persatu benda memalukan harini.

Buk!

Bunyi seakan dulang diletakkan di atas meja masuk ke dalam salur telinga taniya menyebabkan perasaan terkejut datang semula. Nasib baiklah dia tahan diri daripada tersedak. Eh yai siapa pulak yang berani duduk dekat sini ha? Kau tak nampak ke aku tengah malu? Kau nak aku baling dulang kau ke kawasan lain ke? Maktab polis ke tak, kalau saya dah jadi hulk, memang rataaaa aku lunyaikan semua yang mengacau keharmonian hidupku.

DIA Encik Polis Emotionless Where stories live. Discover now