Akademi

1.6K 130 12
                                    

Ali POV

Lalalalalalalalalaaaaa~~

Yo cinggi cohe na ho nori dore nooree

Aku berjalan lenggang kangkung kangkung tepi perigi sambil lompat lompat dengan senang hati.  Gerbang besar Akademi Latihan MATA aku tuju dengan gembira.

"Haihhh~ Senangnya dalam hati. Aku datang awal lagi,  Hey! " punyalah seronok aku menyanyi sebab berjaya datang awal ke akademi tiba tiba...

"Hai Alii!! "

"Bruaaghhh!! " terkejut aku pabila disergah mengejut sebegitu rupa. Sikit lagi nak terjatuh nasib baik aku sempat imbangkan badan.  Kalau tak jatuh maruah aku sebagai seorang lelaki macho.  Uishh!!

"Amboii Ali!  Senangnya hati lompat lompat sambil menyanyi.  Tak padan dengan lambat! " ujar Moon si pesalah yang mengejutkannya tadi. Aku mengerutkan dahi.

"Eh,  lambat?  Kan belum pukul 3 lagi.  Awallah ni" aku cuba mempertahankan diri sendiri

"Iskk.. Lupalah tu! Kan semalam-" belum sempat Moon membalas satu suara menjerit memanggil mereka.

"Eh,  Ali!!  Kau dah sampai pun!  Moon cepatlah naik semua dah ada ni! " jerit suara itu.  Aku dan Moon memandang ke arah tangga dan melihat seorang remaja lelaki dengan sut merah berleher tinggi sama seperti Moon.  Sepasang kaca mata bulat hitam melengkapkan penampilannya dengan rambut terbelah dua.  Tapi still hensem fufufufu~

"Hai Khai! " aku membalas lambaian Khai itu sebelum menuju ke arahnya bersama Moon.

Semasa menaiki tangga  aku bertanya kepada Khai.
"Hei Khai.  Bukan ke kita kena berkumpul pukul 3 petang?  Kenapa semua datang awal pulak ni? "

Khai menggeleng perlahan. Sudah masak dengan perangai Ali yang sentiasa tak memberikan perhatian.

"Hehe kau berangan lagi lah ni masa taklimat semalam.  Kan Ejen Leon suruh berkumpul awal sebab hari ni ada ejen muda baru akan datang! " balas Khai dengan segaris senyuman. Aku pulak dah terkaget sendirian.  Eh? Ada eh Ejen Leon cakap macam tu??

"Tu lah kau!  Ejen Leon tengah bercakap kau khusyuk pandang Alicia je.  Manalah nak dengar! " usik Moon sebelum dia pukul belakang aku.

"Eihhh, m-mana ada! " bidas aku kaget walaupun muka aku yakin dah mula timbul puing puing pink blushing di pipi montel aku.

Zheenghggnn..

Bunyi geseran pintu automatik itu memenuhi ruangan.  Tiga kelibat manusia melangkah masuk ke dalam bilik yang sudah dipenuhi oleh ejen mudan dan para mentor.  Kelibat tiga orang itu mengambil tempat di dalam kelompok ejen muda.  Salah satunya aku lerr tu. Teehee~

Seorang ejen mentor yang agak pendek (ouspppssiee sorry)  dengan sut kuning serta kaca mata melangkah ke hadapan selaku ketua.  Dan tak lain tak bukan Ejen Leon kiterrr kerr.  Mentor teras neuro.

"Baiklah,  memandangkan semu sudah berada di sini.  Kita mulakan. Seperti yang kamu semua tahu,  pada  hari ni,  kamu semua akan mendapat lima orang rakan baharu. " Ejen Leon memulakan bicaranya dengan ucapan panjang lebar.

Kesemua ejen ejen muda memasang riak wajah gembira dan teruja.

"Ejen Leon!  Siapa ejen muda baru ni? " tanya Roza sambil mengangkat sebelah tangannya.

"Uuu! Uu!!  Lelaki ke perempuan? " tanya Moon pula.

"Apa teras mereka?? " Jet pula menyoal.

"Sudah!  Yang itu semua kamu akan tahu lepas mereka tiba nanti.  Jadi saya harap kamu bole memberikan kerjasama yang baik dan tolong beri tunjuk ajar pada mereka memandangkan kamu semua sudah berlatih di sini hampir 5 tahun" balas Ejen Leon lagi.   Ejen ejen muda sudah berbisik sesama sendiri.

MISI : Boboiboy X Ejen Ali FanfictionWhere stories live. Discover now