ORIENTASI 2

1.6K 122 4
                                    

Hari pertama,  mereka dibawa jalan jalan sekeliling akademi untuk lihat fasiliti dekat sini.  Briefing room,  menara kawalan, arena latihan,  padang latihan,kafeteria dan bilik kasuliti setiap teras.  Perjalanan ini diketuai oleh Ejen Geetha dan Ejen Karya manakala yang lain menguruskan ejen ejen muda. Rupanya pulau ni tak adalah besar mana.

Terima kasih pada Ejen Geetha sekarang mereka sudah tahu apa masud di sebalik setiap warna.

Warna kuning hijau,  adalah untuk teras Neuro. Teras kepintaran dan strategi. Teras ni bertanggungjawab menyusun strategi pertempuran dan teras paling banyak guna otak. Tak percaya jugak diorang bila Gopal masuk teras ni, yelah time peperiksaan pun dia masih baling dadu nak tulis jawapan.

Tapi mereka tak boleh sangkal setiap pemerhatian dan teori hipotesi yng Gopal buat sentiasa tepat. Pemerhatian Gopal memang tajam tapi kadangkala perangai dia yang macam bodo bodo tu yang buat dia nampak bodo sikit. Tengok jelah setiap teori Gopal pasal kuasa Boboiboy, kelemahan Koperal Lahap, ink Ejojo dan semasa lawan dengan A.B.A.M. Mereka semua musuh yang kuat dan berjaya ditewaskan berkat teori kretif lagi tak betul Gopal tu.

Warna biru pula melambangkan teras Kombat. Teras otot bak kata Ejen bakar. Teras ni bertindak sebagai perisai atau barisan hadapan dalam setiap pertempuran kerana kemahiran berlawan mereka paling power dalam MATA. So senang citer kerja diorang adalah bagi rata musuh kat depan supaya senang sikit kerja orang orang dekat belakang ni.

Warna merah untuk tekno. Teras teknologi. Orang orang tertentu je mampu masuk teras ni sebab ia berkaitan dengan penggunaan teknologi canggih untuk kegunaan misi. Ejen ejen dalam teras nilah yang bertanggungjawab dalam penggunaan senjata dan alat bantuan untuk membantu meningkatkan kemampuan setiap ejen dengan hanya meggunakan sokongan alatan canggih ya ampun! Teras ni jugalah yang menguruskan semua benda pasal hacking dan kawalan keselamatan , pengkodan komputer dan sebagainya. kesimpulannya, teras ni merupakan teras kedua yang paling banyak guna otak selepas teras neuro.

Dan yang terakhir, putih atau kelabu merujuk kepada teras paling susah atau teras yang penuh kelicikan. Teras Inviso. teras inviso dipenuhi dengan ejen ejen yang paling berkemahiran dan yang paling hebat kebanyakan datang dari teras Inviso nila. Merekalah yang bertindak seagai tulang belakang sesebuah kumpulan, sama ada mereka yang buka jalan depan atau mereka yang jaga pintu belakang.

Biasanya ejen Inviso ditugaskan untuk misi menyelinap dan patahkan pertahanan musuh. Kerja kerja mencuri ni kerja teras Invisolah ni. Pendek cerita Inviso ni ialah assasin yang licik dan senyap. Diorang datang , buat kerja dan blah macam tak ada apa apa. Dan diorang yag buat kekacauan untuk huru harakan musuh haa gitulah..

Bila Fang dengar je benda alah tu terus di aterkembang kembang hidung bangge katanya dapat masuk teras paling hebat dalam MATA. orang lain hanya biarkan saja malas nak layan. Kadang kala bagi mamber gembira kejap dengan dunia apa salahnya kan??

"Dan yang ini pula merupakan bilik bagi teras tekno." terang Ejen Geetha menunjukkan sebuah bilik yang bertemakan putih dan merah. Sebuah lambang yang merupakan logo simbolik teras tekno terukir megah di dinding bilik tersebut.

"Wah, macam makmal RBT sekolah lah" komen Yaya teruja. Sayangnya tiada sorang pun dari mereka yang berteras tekno.

"Apa yang selalu dibuat dalam bilik ni, Ejen Geetha? " tanya Ying tiba -tiba.

Ejen Geetha tersenyum. "Bilik ni digunakan oleh ejen ejen teras Tekno untuk mencipta gajet dan alat yang bersesuaian untuk misi.   " jawab Ejen Geetha tenang.

"Ohh... Maknanya kita boleh cipta apa apa jelah dekat sini? "

"Mana akademi dapat bekalan alatan canggih macam ni? " tanya Boboiboy pula.

MISI : Boboiboy X Ejen Ali FanfictionTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon