Latihan

1.5K 122 22
                                    

Seperti yang telah dijanjikan semalam,  kini kelima lima geng Kokotaim kita sudah terpacak di dalam briefing room bersama sama ejen ejen muda yang lain.

Mereka diarahkan untuk berkumpul untuk taklimat kelas pada hari ini. 

Sebenarnya mereka masuk masuk je,  semua orng sudah berkumpul dan taklimat kelas sudah pun bermula.  Mereka agak terlambat sebab sesat.  Semalam,  mentor sudah memberikan lokasi laluan rahsia yang baru untuk ke akademi. Jadi tak adalah mereka susah susah nak guna lalauan dekat Mamak Maju tu.

Tapi satu masalah pula,  bila mereka tersesat time berjalan dan keliru tak tahu jalan mana satu.   Yelah,  diorang bukannya familiar sangat dengan tempat ni.  Baru empat hari diorang dekat Cyberaya. Buat malu je budak baru datang lambat! Fuhh.. Nasib baik tak kena marah!

"Wuarghh~"

Lobak Oren menguap perlahan dengan tangan menutup mulutnya yang ternganga luas. Gopal yang berdiri sebelah dia terus menyenggol lengannya.

"Dey, kau kenapa nampak ngantuk je? Kita ada kelas ni tau" bisik Gopal padanya.  Boboiboy membalas dengan segaris sengihan dengan mata berair sedikit.

"Aku ok jelah.  Cuma si Solar tu lah berjaga malam tadi sampai pukul 4 pagi buat reaserch!  Itu yang tenaga aku macam terhakis sikit ni" terangnya pada Gopal dibalas dengan anggukan sahaja.

Bukan dia tidak tahu kalau Si Mentol lampu tu keluar mesti takkan tidur punya waktu malam.  Dia habiskan masa sepanjang hari buat eksperimen apekebenda alah dia tulah.  Nasib baiklah 4 lagi Boboiboy tidak berperangai sebegitu,  kalau tak memang tak ada tenaga langsunglah anak Amato ni hari ni!

Kesimpulannya,  semua salah Solar!

Perbualan mereka terhenti apabila Ejen Leon berdehem kuat.  Bila diorang angkat muka, kelihatan semua manusia dekat dalam bilik tu tengah pandang diorang berdua yang berbisik bisik macam makcik bawang dari tadi.

"Erk.. Hehe maaf Ejen Leon" ujar Boboiboy dan Gopal serentak dengan sengihan bersalah

Ejen Leon hanya menggeleng perlahan.  Dia menyambung semula ucapannya tadi.

"Seperti yang saya katakan tadi, disebabkan ada pertambahan pelajar baharu,  kita tak boleh buat misi berkumpulan seperti kebiasaan.  Teras tekno dan inviso yang ada tidak mencukupi.  Jadi kita menggunakan sistem bergilir. " terangnya panjang lebar dengan nada yang tegas. 

Pernyataan Ejen Leon mengundang desas desus bingit ejen-ejen muda yang lain.

"Macam mana maksud Ejen Leon dengan sistem bergilir? " tanya Alicia yang berdiri di sebelah Ali.

"Begini... "

Sistem hologram di tengah tengah bilik itu berubah. Memaparkan sistem bergilir yang disebutkan tadi.

"...disebabkan ejen tekno hanya ada tiga pelajar sahaja,  jadi pelajar akan dibahagian kepada tiga pasukan. Bagi teras Kombat, Neuro dan Inviso,  kamu semua akan bergilir setiap kali misi berpasukan dijalankan.  " jelas Ejen Leon.

"Sekejap... Misi berpasukan ni macam mana? " Yaya mencelah tiba tiba.

"Misi berpasukan ialah misi dimana kamu akan bekerjasama dalam kumpulan untuk mendapatkan beberapa intel yang telah disembunyikan di beberapa kawasan atas pulau ini. "

"Ohh.. Jadi pembahagian kumpulan ni macam mana?  Ikut teras ke? " tanya Gopal pula.

"Tsk!  Kan tadi Ejen Leon dah cakap teras lain lain. Tak peka betul!  Macam ni ke nak jadi Ejen Neuro?? " sindir Jet dengan nada sinisnya.  Ejen ejen muda lain hanya tergelak kecil memberi pandangan mengejek kepada Gopal. Ceh,  budak baru!

MISI : Boboiboy X Ejen Ali FanfictionWhere stories live. Discover now