Balas (BEL) 2

1K 84 34
                                    

[SKIP TIME]
.

.

Latihan hari ini ialah latihan berpasukan.  Disebabkan,  teras Tekno tidak mencukupi,  Ejen Geetha turut sama turun padang.

Kumpulan 1
-Jet
-Ali
-Boboiboy
-Rudy

Kumpulan 2
- Alicia
-Bulat
- Yaya
- Moon

Kumpulan 3
- Ying
- Khai
- Chris
- Zass

Kumpulan 4
- Gopal
- Geetha
- Mika
- Fang

Motif latihan pada hari ini ialah,  attack and defense. Setiap pasukan perlu mencari satu base dan intel setiap satu . Walaupun begitu,  empat base tersebut adalah berbeza beza dan tersembunyi di sekitar kawasan pulau.  Keempat empat pasukan perlu bersaing untuk mendapatkan intel pasukan lain,  dan dalam masa yang sama mempertahankan intel pasukan sendiri daripada dirampas pasukan musuh.

Pasukan yang berjaya mendapat sekurangnya satu intel pihak lawan termasuklah berjaya pertahankan intel pasukan sendiri dalam masa yang ditetapkan,  menang.

"MULA! "

Serentak siren dibunyikan,  keempat empat pasukan berlari masuk ke dalam hutan mengikut haluan masing masing.

"Ali,  cuba cari kat mana intel tu guna Iris. " arah Jet yang sedang terbang.

Ali scan Iris di seluruh pulau.

"Kat sana ada satu, tapi kumpulan Alicia pun pergi sana juga. " lapor Ali.

"Hah?! Alicia?? " Jet sudah cuak.

"Jet!  Kau pergi dulu dapatkan base tu sebelum diorang dapat.  Kita kena dapat base dulu,  baru cari intel lain " strategi Rudy diterima Jet,  lalu jejaka itu mengaktifkan turbo jetnya,  lalu memecut ke lokasi base itu.

Manakala,  Ali,  Taufan dan Rudy meneruskan larian lepas makan asap Jet.

"Fuuyooohhh!!  Laju gilaaa dia terbang!  Aku pun nak terbang jugakk!! "

Taufan bersorak kagum melihat Jet. Tapi dia pout bila mengenangkan dia tak boleh nak guna hoverboard kesayangan dia tu.

"Kannn?  Aku pun teringin nak dapat jetpack macam Jet.  Tapi aku tak reti kawal,  hehehe... " sokong Ali dengan sengihan.  Dulu dia pernah cuba untuk guna gajet gajet yang MATA ada termasuklah jetpack macam Jet tu.  Tapi baru je dia start enjin,  dah melayang melekat dekat dinding dah dia.  Tak sempat nak terbang pun.

"Gajet jetpack memerlukan pengawalan, keseimbangan dan daya tumpuan yang sangat tinggi untuk digunakan.  Hanya yang layak sahaja mampu untuk guna gajet tu.  Bukannya budak pendek dan ejen mentah yang baru belajar hayun pedang"  sinis sahaja suara Rudy membidas Ali dan Taufan. 

Kaki perempat merah muncul di dahi Taufan walaupun mukanya masih pasang senyuman.

"Eh,  hello?  Aku dah tinggi okeh?! " bantah Ali geram.

Rudy berhenti berlari,  lalu secara mengejut menarik Ali berdiri betul betul depan dia. Terkejut anak orang tu.  Anak mata perangnya tajam scan Ali yang literally paling rendah antara diorang bertiga kat situ atas bawah sebelum menarik smirk.

" Heh- Memang tinggi~"

And Rudy sambung berlari.

Balasan itu lebih membuatkan muka Ali merah padam menahan geram dan malu.

"Pffftt-"

Taufan tak mampu nak tahan ketawa dia cepat cepat buat muka innocent bila Ali bagi jelingan membunuh.

"Kau gelakkan akuu??! "

"Pfft-sorry,  Sorry, dah jom cepat. Nanti kena tinggal.  Karang hilang susah pulak.  Lagi lagi kau.  Susah nak cari nanti"

MISI : Boboiboy X Ejen Ali FanfictionWhere stories live. Discover now